Pesakit dialisis dan 5 NGO berkaitan menerima sumbangan tahunan dari pengurusan kuil Sri Subramaniar Batu Caves

WhatsApp Image 2018-03-29 at 1.06.40 PM (3)


GOMBAK : Sebanyak 5 Badan Bukan Kerjaan (NGO) india serta beberapa pesakit dialisis kronik dari pelbagai peringkat umur menerima sumbangan tahunan berupa wang tunai & voucher rawatan dari pihak pengurusan Kuil Sri Subramaniar Batu Caves pada satu  Majlis khas penyampaian petang semalam. 

Majlis khas yang dihadiri oleh pihak kebajikan , masyarakat setempat dan ahli-ahli media itu dimulakan dengan ucapan ahli jawatankuasa diikuti dengan penyampaian sumbangan oleh Pengerusi Sri Maha Mariamman Dhe­vas­tha­nam Tan Sri R. Nadarajah kepada pesakit dan wakil badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

WhatsApp Image 2018-03-29 at 1.06.39 PM (1)

Menurut salah seorang ahli jawatankuasa pengurusan, En.Thurai, majlis sumbangan pesakit dialisis ini diadakan setiap tahun dan merupakan salah satu program dalam pelan tindakan sosial Pengurusan Batu Caves Devastanam kepada masyarakat india setempat. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat banyak lagi program-program bermanfaat dijalankan dan maklumat mengenainya akan disiarkan di media tempatan terutama media sosial dari semasa ke semasa. 

WhatsApp Image 2018-03-29 at 1.06.40 PM (1)Ditanya mengenai keberkesanan media sosial dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat , En.Thurai mengakui media sosial memain peranan yang penting kerana maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat dan diterima oleh semua peringkat umur dan lapisan masyarakat india terutama golongan muda. Disamping itu, beliau juga  memberitahu terdapat propaganda segelintir pihak yang memanipulasi keadaan dan menggunakan media sosial untuk menyebar maklumat yang tidak benar dan mengelirukan mengenai pengurusan dan sumbangan Batu Caves kepada masyarakat. 

WhatsApp Image 2018-03-29 at 1.06.39 PM

Akhir kata, beliau menyeru masyarakat india agar mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih dan jika memerlukan bantuan atau maklumat boleh terus menghubungi talian rasmi mereka.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.