Pandangan PRU Ke-14 Malaysia

cOleh Dato Rukentiran Rajarathanam

Sepertimana yang kita ketahui Pilihan Raya Umum Ke-14 Malaysia akan diadakan pada tahun ini, iaitu kemungkinan antara awal bulan April dan May 2018. Sebagai seorang warganegara Malaysia saya mempunyai tanggungjawab untuk mengundi pada PRU-14 nanti dan memilih pemimpin untuk lima tahun yang akan datang. Namun, saya berada dalam kekeliruan apabila melihat keadaan politik semasa Negara.

Tidak dinafikan terdapat banyak perubahan kepada Negara sejak Barisan Nasional menerajui kepimpinan dari era kemerdekaan. Tetapi adakah kemajuan/perubahan hasil BN sebulat-bulatnya ? Ahli-ahli politik BN mengatakan bahawa hanya mereka sahaja boleh menerajui Kerajaan dengan sistematik dan Parti Pembangkang tidak berupaya melakukannya.

Kitapun tidak pasti akan kenyataanya. Pada masa yang sama juga Pakatan Rakyat mengatakan mereka berpotensi memajukan Negara ke taraf yang lebih tinggi dan menunjukkan senarai salah laku serta penyelewengan kerajaan Barisan Nasional untuk menyokong teori mereka.

Saya sebagai warganegara Malaysia dari etnik Tamil tidak berpuas hati dengan Kerajaan BN kerana tidak adil dalam menjaga kepentingaan kaum Tamil dan berat sebelah. Saya pernah mendengar cerita mengenai situasi dan keadaan Negara tercinta ini daripada pakcik dan makcik dari berbilang bangsa iaitu tiada sistem yang membezakan 3 kaum utama di Malaysia pada masa itu iaitu dari era kemerdekaan sehingga awal 70-an serta semua pertolongan disampaikan kepada masyarakat dengan sama rata.

Selepas itu satu terma dalam bahasa inggeris iaitu “divide & rule” telah digunakan oleh Tun Mahathir Mohammed. Pada masa itu Tun Mahathir telah menambah dasar serta mengenalkan konsep baru dalam pemerintahan yang berat sebelah di mana Kaum Melayu diberikan lebih keutamaan manakala kaum Cina & India dikurangkan manfaat. Ini adalah untuk menarik undi masyarakat Melayu dan perbuatan ini secara tidak langsung telah menguris perpaduan rakyat.

Di samping itu, Tun Mahathir juga penyumbang kepada kadar pangangguran yang tinggi dikalangan Kaum india terutama etnik Tamil, kerana semasa proses penswastaan oleh Tun M , banyak ladang-ladang yang didiami oleh kaum india telah dijual kepada syarikat swasta. Ini memberi kepentingan yang amat banyak kepada syarikat swasta dari peneroka india tersebut. Ini mendorong kepada proses pindahan kaum india dari ladang-ladang ke bandar tanpa apa-apa pelan/program rehabitasi atau peluang pekerjaan dari kerajaan. Jadi boleh dikatakan ini juga punca utama Kaum india terutama orang etnik Tamil menjadi penggangur dan terpaksa melibatkan diri dalam geng-geng kongsi gelap untuk meneruskan kehidupan.

Pada kempen-kempen Pakatan Rakyat yang terakhir mereka sering menumbulkan isu-isu dan saya juga turun padang menentang BN serta menyatakan ketidakpuasan terhadap Tun Mahathir. Selepas itu, berlaku pergolakan kuasa dan isu dalam pentadbiran PM Najib Tun Razak sehingga anak Mahathir iaitu Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan. Ia akhirnya menyebabkan Tun Mahathir menentang PM Najib dan sistem yang diwujudkan oleh beliau sendiri.

Seterusnya Tun Mahathir membuka parti baru bersama pakatan pembangkang dengan konsep yang sama tetapi kali ini perkataan bumiputera ditukar kepada pribumi. Mengikut berita terkini, dengar khabar beliau menerajui Pakatan Rakyat untuk pilihanraya akan datang ini. Ini mengejutkan banyak pihak dan juga saya kerana bagaimana Pakatan Rakyat boleh memilih seorang bekas pemimpin ynag mereka kutuk sebelum ini.

Adakah Pakatan Rakyat gagal dalam memegang teguh kepada prinsip mereka dan hanya berminat untuk menang dalam Pilihan Raya semata-mata ? Adakah tiada pemimpin yang berwibawa dalam Pakatan Rakyat ? Kalau ada kenapa mereka tidak dipilih ? Ini semua menunjukkan ada sesuatu tidak kena dengan Pakatan Rakyat kali ini dan kepercayaan saya terhadap PR telah hancur.

Saya mengesyaki bahawa Tun Mahathir berpura-pura menentang BN dan menyertai PR untuk membawa PR ke tangga merosot. Adakah Tun M berkomplot dengan BN untuk menjatuhkan PR?

Ingin juga kongsi pengalaman saya baru-baru ini di mana saya menghadiri satu forum dengan Tun Mahathir yang dianjurkan oleh HINDRAF. Dalam forum itu banyak soalan ditimbulkan tetapi sedihnya kebanyakan soalan yang ditanya ialah adakah Hindraf akan menjadi satu bahagian dalam Pakatan Rakyat. Hanya dua soalan yang bernas dikemukakan selepas sedikit kekecohan Iaitu kenapa Kaum India diketepikan semasa pemerintahan Tun M dan kenapa sebanyak 100 sekolah Tamil ditutup semasa pemerintahan beliau ?

Untuk soalan pertama beliau menjawab ia merupakan kesalahan Tun Samyvelu, mendorong saudara yang menanya soalan pertama itu bertanya lagi bukankah tanggungjawab Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri memantau menteri cabinet di bawahnya ? Malangnya beliau mengelak soalan tersebut. Untuk soalan kedua pula Tun Mahathir menjawab perkara lama tidak perlu dibincang lagi dan kita perlu mara ke hadapan untuk perubahan. Jawapan-jawapan seperti ini menimbulkan rasa tidak puas hati saya dan segelintir orang yang menghadiri forum tersebut.
Adakah ini jawapan yang bernas dari seorang bekas pemimpin yang memimpin Negara selama 22 tahun dan berminat lagi menjadi Perdana menteri jika menang PRU14 nanti ?

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang masa depan Negara dan generasi muda, Saya mendapati bahawa kedua-dua pihak kerajaan serta pembangkang tidak memenangi kepercayaan saya. Saya terasa dianiyai oleh kedua-dua pihak yang hanya mampu memberi kata-kata manisan serta manifesto padat setiap 5 tahun untuk mendapatkan undi masyarakat Kaum India terutama etnik Tamil yang tengah menghadapi pelbagai masalah
Siapakah harus saya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti ?

Oleh Dato Rukentiran Rajarathanam D.I.S.M, Aktivis sosial kebajikan/NGO

NOTA: Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, TamizharMedia cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan TM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.