Kami akan boikot Kamalanathan !

SERENDAH: Bahang Pilihan Raya Umum 14 semakin dirasai rakyat Malaysia dengan propaganda parti parti politik serta pengumuman calon masing-masing yang bertanding.

Sementara calon-calon bersiap sedia untuk hari penamaan 28 April ini, segelintir pengundi di beberapa kawasan pula bersiap sedia untuk memboikot dan menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap calon.

all stand thiyagu

Pada satu perjumpaan yang diadakan petang semalam di Hulu Selangor antara kumpulan Jawatankuasa Penduduk India dan Gerakan Anti-DLP, keputusan sebulat suara telah diambil untuk memboikot sepenuh-penuhnya serta memastikan calon Barisan Nasional Hulu Selangor iaitu Dato P.Kamalanathan tidak menang.

Menurut En.Theyaagu Siga, wakil Gerakan Anti-DLP, keputusan ini diambil atas kepentingan sosial masyarakat india dan bukan atas kepentingan politik kerana mereka tidak menyokong mana-mana parti politik.  profile theeyagu

“Kami hanya meminta agar pendidikan sekolah tamil di Malaysia yang berusia 200 tahun dilindungi dan diperkasakan tetapi pelaksanaan program dwibahasa DLP (Dual Language Program) yang disokong oleh Dato Kamalanathan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan menimbulkan tanda tanya adakah beliau calon sesuai untuk menyuarakan masalah rakyat ? Hal ini kerana kami telah berusaha banyak kali untuk menyampaikan kajian mengenai keburukan DLP kepada sekolah aliran tamil tetapi tidak diendahkan oleh beliau.

“Pelbagai janji kosong diberikan dan soalan tidak dijawab bila rakyat tanya! Kami memberikan mandat kepada wakil-wakil seperti ini percaya akan menyuarakan masalah rakyat tetapi mereka pula selepas menang hanya menjenguk rakyat setiap 5 tahun untuk undi !,” katanya

marching

“Apa yang lebih menyedihkan ialah kenyataan Dato Kamalanathan baru-baru ini kepada sebuah portal berita tamil iaitu ‘Vanakam Malaysia’ dia mana beliau menyatakan sebagai kakitangan Kerajaan mereka harus menyokong mana-mana pelan rancangan Kerajaan dan berkhidmat untuk Kerajaan. Jadi, Kamalanthan tak berkhidmat untuk rakyat ?Dato Kamalanathan ialah seorang wakil rakyat dan selepas itu barulah seorang menteri jadi beliau harus meneliti kehendak rakyat dan membawa ia kepada perhatian orang atasan,” Tegas Theeyagu kepada media yang hadir.

calon bn

Akhir perjumpaan tersebut, Theeyagu memberitahu beberapa pelan tindakan dan keputusan diambil untuk kempen memboikot serta memastikan penduduk setempat tidak mengundi calon wakil rakyat yang tidak berguna seperti ini.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.