Kronologi Pergaduhan Di Kuil Seafield. Salah siapa ?

Timeline sebenar yang lebih neutral dan lanjut mengenai Rusuhan Kuil Sri MaariAmman Seafield oleh Saudara Theeyagu.

1. 26 November 2018
01.30 AM :
Seramai 100 gangster( berbangsa Melayu ) serang penganut – penganut di tapak kuil.

2. 01.32AM: penganut di Kuil menelefon pihak polis dan meminta bantuan.
Gangster tersebut memegang kolar salah satu penganut tersebut dan menjerit ‘ Ini tanah bos aku.Semua keluar!’

3. Mereka memiliki parang , batang besi dan senjata berbahaya yang lain dan memerangkap pengerusi kuil, dan sami Hindu, Ramaji dengan mengacukan pisau di leher .
Seramai 10 penganut cedera parah semasa tetakan parang termasuk perempuan.

4. Seorang budak India bernama, Krishnan cedera sampai terkeluar tulang rahang dan dicucuk besi di sebelah mata kanan.
Seorang wanita telah diserang berat attack semasa ditolak dan dipijak oleh kumpulan gangster.

5. Penganut penganut bertindak balas dan mulanya berlaku pergelutan.
Seramai 20 kereta dan 6 Superbike kumpulan gangster telah ditangkap dan diserbu oleh kumpulan penganut.

6. 30 IC, kad akses One City, kad pelajar Universiti telah dirampas dari kereta kereta samseng tersebut.
0430 am: polis dan ambulans tiba di tempat kejadian .

7. Pagi seterusnya..
Subang Jaya IPD keluar kenyataan di FB official mereka yang rusuhan ini adalah antara 2 kumpulan India, lalu mencetuskan kemarahan Netizen.

8. Semakin ramai penganut berkumpul di kuil tersebut. Pihak kuil menyatakan 1000 orang telah berkumpul di kuil tersebut.
FRU dan polis jugak menurun bersiap sedia untuk mengawal keadaan.

9. 01.02 am :Beberapa kenderaan yang dirampas semalam telah dibakar dan pihak bomba turun padang bagi memadamkan api.
Saudara Adib pun berada di kenderaan tersebut. Kenderaan bomba telah disalah anggap sebagai FRU yang ingin meleraikan perhimpunan oleh segelintir kumpulan India di luar kuil .
Kumpulan tersebut memecahkan kenderaan tersebut.

10. Saudara Adid telah cedera parah dan dikejarkan ke Hospital.

11. Pagi seterusnya…
Pejabat One City dipecahkan dan pihak pengurusan menuduh angkara geng di kuil Sri Mariamman. Tetapi tiada satu rakaman CCTV pun yang merakam peristiwa tersebut. Pengurusan kuil menolak tuduhan tersebut dan mengatakan adanya begitu banyak FRU dan polis ialah mustahil untuk para penganut membuat perkara sebegitu .

12. 2.35 PM
Ahli Parliment Ampang Zuraida Kamaruddin turun padang untuk tengok keadaan dan berjumpa dengan pihak pengurusan kuil tersebut .

13. Ini bukan masalah perkauman. Ini ialah masalah antara pengurusan kuil dan Syarikat OneCity.
Kenapa rakyat Malaysia kena bertelingkah dan menumpah darah?

14. Saudara Krishna dipecahkan rahang dan kemungkinan akan buta seumur hidup. Dan saudara Adib tenat terlantar di ICU!

15. Adakah OneCity atau pengurusan akan menjamin kesejahteraan hidup mereka?

16. Sikap yang tidak professional oleh pihak polis kerana datang 2 jam lambat walaupun 6 minit jauh balai polis dari tapak kuil !

17. Juga, Kenyataan yang bias dari Subang Jaya IPD telah menimbulkan keresahan dan kemarahan bukan sahaja penganut tapi netizen sekalian .

18. Inilah puncanya, orang ramai berhimpun dan wujudnya perasaan anarchism. Jangan lupa orang MIC pun termasuk di isu ini.

-Unbiased and Independent writing by Theyaagu Loganaden-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.