Panglima Tentera Laut Malaysia Yang Pertama Laksamana Muda (B) Tan Sri Dato’ Seri K.Thanabalasingam

Laksamana Muda (B) Tan Sri Dato’ Seri K.Thanabalasingam telah memahat namanya bersama kecemerlangan sejarah kemerdekaan Malaysia atas pencapaian uniknya menjadi anak tempatan yang pertama menjawat jawatan Panglima Tentera Laut Malaysia serta memegang jawatan itu selama sembilan tahun hampir sedekad . Beliau meneraju pemerintahan Tentera Laut Malaysia pada usia yang muda iaitu 3 bulan sebelum genap 32 tahun.

whatsapp image 2019-01-17 at 10.52.39 pm (1)

Ini merupakan penghormatan yang sukar diperolehi memandangkan beliau merupakan satu- satunya bukan Melayu untuk mengetuai perkhidmatan bersenjata Angkatan Tentera Malaysia, sesuatu yang unggul di dalam sejarah ketenteraan negara menaruh harapan dan kepercayaan penuh ke atas integrity profesionalisme dan kualiti kepimpinan anak muda ini yang lebih dikenali dengan panggilan “Bob Thana”.

Sebenarnya untuk mengatakan orang bukan Melayu tidak berpeluang untuk menjawat jawatan tinggi dalam pasukan bersenjata negara, itu boleh dikatakan tuduhan yang tidak tepat.

Cuma mungkin jumlahnya tak seramai mereka yang berketurunan Melayu, logik jugalah kerana yang ramai dalam PDRM dan ATM pun orang Melayu, sudah tentu kita nampak ‘mereka’ sahaja

Thanabalasingam Karalasingam seperti lain-Iain Pegawai Kadet Malaya pengambilan perintis pada tahun 50- an di BRNC Dartmouth, terpaksa menggunakan nama singkatan di tag nama “Bob Thana” yang kekal sehingga kini.

whatsapp image 2019-01-17 at 10.52.40 pm (3)

Anak muda, “Bob Thana” memasuki Tentera Laut pada tahun 1955 tanpa sebab-sebab tertentu. Beliau berasal dari keluarga kelas pertengahan bangsa Tamil -Sri Lanka Malaysia yang tersepit di antara cita-cita dan masalah kewangan. Tentera Laut telah menawarkan kepada beliau kerjaya profesional dengan menghantar beliau berkursus di United Kingdom dan merupakan satu cabaran dan pencapaian yang dihormati di dalam sesebuah masyarakat. Lantaran anak muda dari Victoria Institution Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang ini Ini merupakan suatu peluang yang baik yang menjadi idaman ramai tetapi sukar diperolehi. Thanabalasingam merupakan antara yang bemasib baik.

“Di BRNC saya bergaul dengan semua pihak dan teiah mencapai kemajuan berterusan yang telah memeranjatkan ramai pesaing tuan runiah dari Tentera Laut Diraja British terutamanya apabila saya dipilih sebagai “Divisional Captain!’. Pegawai bukan berbangsa Inggeris pertama mencapai penghormatan tertinggi daripada maktab itu. Tidak hairanlah apabila ramai rakan di Maktab yang kebanyakan dari keluarga Diraja British menimbulkan kekecohan dan ingkar perintah.”

Bob Thana telah melakukan sesuatu yang diharapkan oleh BRNC. Beliau mengawal situasi dengan tegas apabila menugaskan seorang Pegawai Kadet Inggeris untuk membawa arahan yang mudah “Suka atau tidak, saya yang bertanggungjawab. Jika ingkar, kamu akan menghadapi tuduhan ingkar perintah seperti yang dipraktikkan dalam Tentera Laut.”

Ketegasan beliau tidak dipedulikan oleh mereka dan akhirnya Bob Thana melepaskan jawatan itu dengan alasan ingin memberi tumpuan pada bidang pengajiannya. Bagaimanapun, pihak pengurusan Maktab telah menolaknya selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan.

whatsapp image 2019-01-17 at 10.52.39 pm (2)

Setelah ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 1 Mei 1958, beliau pulang ke Malaya pada Januari 1960 dan seterusnya dilantik sebagai pegawai latihan kadet di Federal Military College, Port Dickson. Setahun kemudian beliau berkhidmat di kapal SDML (KD SRI PAHANG) dan di Kapal Penyapu Periukapi (KD MAHAMERU). Pada 1963, Lt Bob Thana dihantar berkursus ke HMS VERNON, England dalam kepakaran Torpedo Anti Submarine (TAS). Selepas itu beliau dilantik sebagai Pegawai Memerintah KD SRI KELANTAN sebaik sahaja kapal tersebut ditauliahkan untuk pelayaran balik ke Malaysia dari Portsmouth, England.

Sekembalinya ke Malaysia, beliau terus memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah dan telah melaksanakan tanggungjawab di laut secara berterusan sepanjang kemelut konfrontasi dengan Indonesia. Beliau kemudian dinaikkan pangkat ke Leftenan Komander pada 18 Februari 1965 dan diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana KD HANG TUAH di bawah pemerintahan Kdr Mann R N.

Dalam kumpulan pengambilan Bob terdapat nama-nama yang hebat seperti Allahyarham Laksda (B) Dato’ Mohd. Zain Mohd. Salleh (Panglima TLDM kedua), Laksma (B) (Babu) P. K. Nettur, Laksma (B) M. W. Alvisse, Laksma (B) Hj Abdul Aziz Wahab, Kept (B) Cheah Leong Voon, Kept (B) Khoo Tee Chuan, Kept (B) Phang Kok Keng dan Lt Kdr (B) Chitharanjan Kuttan (Bersara pilihan pada 1971 dan bekerja sebagai Ketua Pelabuhan Singapura). Semua pegawai ini telah memberi sokongan padu dan turut memegang jawatan penting pada tahun-tahun awal penubuhan TLDM untuk berkhidmat kepada negara yang baru merdeka.

whatsapp image 2019-01-17 at 10.52.40 pm (2)

SEJARAH KE ARAH SEMANGAT KENEGARAAN

Sejak mencapai kemerdekaan, Tentera Laut Diraja Malaya diterajui oleh Capt W. J. Dovers diikuti dengan Commodore A. M. Synnot dan kemudiannya Commodore A. N. Dollard. Walau bagaimanapun, pemisahan Singapura daripada Malaysia dan tercetusnya konfrontasi dengan Indonesia telah menjadikan para pemimpin negara kekok untuk membincangkan isu-isu sensitif dengan Ketua Turus Tentera Lautnya.

Dalam masa yang sama adalah sukar bagi kerajaan mengenepikan mereka memandangkan mereka mendapat arahan daripada Kementerian Pertahanan. Walaupun mereka merupakan panglima-panglima tentera laut dari negara asing, keupayaan mereka sememangnya tidak dipersoalkan (kesemua mereka terutamanya Capt Dovers dan Commodore Synnot telah memberi sumbangan yang tidak terhingga bagi memajukan TLDM) namun secara rahsia mereka sering diketepikan di dalam proses membuat keputusan oleh kerajaan.

whatsapp image 2019-01-17 at 10.52.40 pm (4)

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Tuanku Abdul Rahman telah memutuskan untuk meMalaysiakan jawatan tinggi di dalam Tentera Laut dan Tentera Udara bagi mengelak wujudnya sebarang kejanggalan berlaku dalam sebarang proses membuat keputusan kerajaan. Di peringkat awalnya, kerajaan mengambil pendekatan secara berhati-hati dengan mengambil kira beberapa nama Jeneral dari Tentera Darat seperti Sani dan Mazlan untuk menerajui TLDM. Bagaimanapun, kedua-dua mereka menolak tawaran tersebut atas alasan peribadi. Adalah dipercayai mereka menganggap Tentera Laut merupakan cabaran baru dan mereka juga tidak bersedia untuk menghadapinya. Mereka juga menganggap tawaran tersebut akan menjadi halangan dalam peluang kenaikan pangkat Tentera Darat sekiranya diterima.

Sebagai persediaan. Bob Thana telah dinaikkan ke pangkat Komander pada 1 Mac 1967 dan diperjawatkan sebagai Pegawai Memerinlah ‘Kapai Induk’ KD HANG TUAH. Seterusnya beliau dinaikkan ke pangkat Kepten pada I September 1967 dan dihantar ke Bahagian Staf Tentera Laut Kementerian Pertahanan bagi mempelajari tugas-tugas Panglima Tentera Laut. Beliau kemudiannya mengambil alih tugas Panglima Tentera Laut pada 1 Disember 1967 dengan menyandang pangkat Laksamana Pertama menggantikan Commodore Dollard. Pada 1 Januari 1973, taraf jawatan Panglima Tentera Laut telah dipertingkat sejajar dengan kekananannya serta pembesaran Armada, Bob Thana seterusnya dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda.

whatsapp image 2019-01-17 at 10.52.39 pm

PENCAPAIAN YANG NYATA

Sebagai Panglima Tentera Laut yang pertama, beliau telah mewujudkan beberapa ketetapan dan dasar, di antaranya seperti memperolehi beberapa jenis kapal dan sistem persenjataan serta inisiatif untuk menubuhkan pangkalan-pangkalan baru. Kesemua ini merupakan visi awal serta hala tuju beliau untuk TLDM.

Keputusan mengejut oleh kerajaan British untuk berundur dari Timur Jauh pada tahun 1968 tidak disampaikan dengan jelas kepada kerajaan Malaysia. Ini telah memberi kesempatan dalam mempercepatkan pembangunan TLDM seperti mana yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia. Dalam konteks ini, keutamaannya adalah untuk melengkapkan TLDM dengan armada yang moden dilengkapi dengan sistem misil dan senjata yang canggih.

Sepanjang perkhidmatan beliau di bawah pemerintahan Allahyarham Tun Abdul Razak (Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan), beliau telah menikmati hubungan baik serta menerima nasihat secara peribadi dan mempunyai pengetahuan eksklusif mengenai pemimpin legenda Malaysia tersebut. Hubungan profesional mereka berdua bukan saja telah memanfaatkan TLDM malah telah memperluaskan lagi pengaruh TLDM.

Beliau yang masih bujang, kini dah pun berusia 83 tahun dan akan diingati kerana adalah pegawai TLDM yang mengilhamkan penubuhan skudron udara dan kapal selam untuk TLDM.

Walaupun telah lama bersara, beliau boleh tersenyum puas kerana cita-citanya masa jadi Panglima TLDM untuk melihat penubuhan skuadron udara dan kapal selam akhirnya telah menjadi kenyataan!

cbtqhkxueaagjuf

Tan Sri Dato’Seri K. Thanabalasingam bersama keluarga Laksamana Madya Dato’ Ganesh Navaratnam yang dilantik sebagai Ketua Eksekutif MiDAS yang baru pada 9 Januari 2019.

Sedikit terjemahan dalam Bahasa Inggeris

Rear Admiral (Rtd) Tan Sri Dato’Seri K. Thanabalasingam is the first Malaysia Tamil / Indian to be appointed to the post in History of Royal Malaysian Navy  .

He joined the British Royal Malayan Navy, which was then under British control, in May 1955. He was sent to the Britannia Royal Naval college ( BNRC ) in Dartmouth, England, from which he graduated in early 1958 .

He then decided to join the newly established Malayan navy, which was fully Malayan owned and administered in late 1958. The British Royal Malayan Navy and all its assets were merged with the existing Malayan Navy and from then on it became Malayan owned and administered.

Our First Prime minister Tunku and his cabinet then decided that they would select two officers, one of from the Navy and one from Air force and appoint them Chiefs of the respective services.

They were fully aware of the Thanabalasingam ‘s age but decided, nevertheless to oppoint him and take the risk.

This exercise created history not only because Malaysian for the first time were appointed to the these two top post but also because of his age – he was 31 years old and bachelor.

Under Thanabalasingam and Tunku Abdul Rahman’s foresight, the Royal Malaysian Navy was gradually transformed from coastal Navy (brown water force) to an Ocean – going (blue water navy)

At the end of 1976 he retired from the Naval Services as REAR ADMIRAL at Age of 40.

He currently lives in Kuala Lumpur and now 83 years old. We hope our indian youngsters especially take this as an inspiration, always work hard to achieve greater success  and make our Nation and Community proud.

DwS-nrIUwAEVUV7.jpg

 

Source & Credit :

  1. Official TLDM FB Page :  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1023131621078179&id=355294844528530
  2. Journalist Mr.Syahril A.Kadir  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156926984083050&id=821928049
  3. https://www.revolvy.com/folder/Malaysian-people-of-Sri-Lankan-Tamil-descent/370104
  4. Mr.Kasinathan Krishnasamy  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1990707951004753&id=100001967036402

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.