3 lelaki mabuk didakwa ceroboh rumah, ugut rogol dan bunuh

KULIM: Tiga lelaki india ditahan disyaki menceroboh sebuah rumah ketika mabuk dan mengugut mahu merogol serta membunuh penghuninya di Taman Tiong 1, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, suspek berusia antara 25 hingga 41 tahun dikatakan mahu ke rumah seorang kenalan di kawasan itu, namun kenderaan dinaiki mereka terlanggar pagar rumah seorang wanita berusia 47 tahun.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, berkata berikutan itu, berlaku perang mulut dan suspek didakwa memaki hamun anak perempuan mangsa dengan perkataan tidak senonoh, selain meminum arak.

Pada masa sama, beliau berkata, seorang lagi anak lelaki mangsa yang baru pulang dikatakan turut dihalau dan tidak dibenarkan meletak kereta di hadapan rumahnya.

“Suspek didakwa juga memaki hamun anak lelaki mangsa menyebabkan wanita itu menghubungi pihak polis bagi meminta bantuan.

“Suspek kemudian masuk ke dalam rumah wanita itu dan mengugut ingin merogolnya dan anak perempuan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Malah, Ahmad Nasir berkata, salah seorang suspek didakwa mencekak baju menantu lelaki mangsa yang turut berada di dalam rumah itu, sekali gus mengugut mahu membunuhnya serta anak lelaki mangsa.

“Anggota polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan suspek dan membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati suspek berusia 29 tahun memiliki rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan 427 Kanun Keseksaan.

Sumber : Berita Harian Online

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.