PDRM Tubuh Memorial Kenang Jasa Anjing Unit Pengesan K9

Sebagai tanda menghargai jasa 569 ekor anjing Unit Pengesan (K9) yang telah berbakti kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu Majlis Perasmian Memorial K9, Bahagian Bantuan Teknik (D6), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah diadakan di Unit K9, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, pada 27 November 2018.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. Berucap dalam majlis itu, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin berkata tujuan diadakan majlis ini adalah untuk mengenang semua wira K9 yang telah berkhidmat kepada pasukan dan mendokumenkan kisah jasa serta bakti mereka yang telah menyelesaikan sebanyak 1,250 kes jenayah. “Tertubuhnya ini pada 1968 terbukti mencapai matlamat PDRM untuk membantu negara membanteras kegiatan jenayah dalam dan luar negara yang kian menular di kalangan masyarakat hari ini,” ujar beliau.

Katanya lagi, buat masa ini Unit K9 mempunyai sebanyak 97 anjing pengesan bagi kegunaan pencegahan jenayah di seluruh negara. Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Unit Anjing Pengesan PDRM, telah timbul idea daripada Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Mohd Zakaria Ahmad bagi mengilhamkan satu bentuk peringatan untuk dizahirkan khusus kepada unit tersebut semasa beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan). Majlis pagi tadi turut diserikan lagi dengan persembahan Gimik Perasmian Memorial K9 dan penyampaian sijil penghargaan kepada 15 pegawai rendah polis yang terlibat.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan), DCP Datuk Salehhudin Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, DCP Dato’ Dev Kumar M.M Sree, Ketua Penolong Pengarah Urus Setia JSJ, DCP Dato’ Manoharan Kanapathy, Ketua Eksekutif Yayasan Pengaman Malaysia, Dato’ Robiah Abdul Ghani, pegawai kanan, pegawai rendah polis dan rakan-rakan media.

In conjunction with the K-9 unit’s 50th anniversary, the Royal Malaysia Police (PDRM) has set up the first ever memorial for the loyal canines that have fought side by side with them. It is located at the Police Training Centre in Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

The dogs play multiple crucial roles in the police force, including tracking drugs, dead bodies as well as helping to solve other crimes nationwide, he added.

Comm Wan Ahmad Najmuddin said he personally paid tribute to a dog from the K-9 unit in Johor when he was then state police chief.

“I presented the dog with the ‘Jasamu Dikenang’ medal as he was instrumental in leading the police to catch the Geng Kapak robbery gang in 2016,” he said.

We thank them for their sacrifices for the country. Kipidap, doggos! 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.