Nauraj Singh pecah rekod baharu kebangsaan

KUALA LUMPUR, Feb 12 – Atlet olahraga kebangsaan, Nauraj Singh Randhawa telah berjaya mencatatkan rekod baru dalam acara lompat tinggi dengan catatan baharu 2.19 meter dalam Kejohanan Olahraga dalam Dewan Erdgas ke 21 di Chemnitz, Jerman pada Isnin.
Beliau yang menang di tempat kedua dalam kejohanan berkenaan telah memperbaharui rekod lama dalam dewan kebangsaan 2.15 meter oleh atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei yang dilakukan pada kejohanan di Ostrava, Republik Czech dan Vienna, Austria pada 2012.

Foto Fail
Kejayaan tersebut merupakan peningkatan terbaik selepas menjalani latihan di Eropah dengan menggunakan dana sendiri selain meminjam wang daripada kenalan rapat dan dijadualkan pulang ke tanah air pada Sabtu ini.
Kejayaan beliau turut diraikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Twitternya dengan memberikan ucapan tahniah.
Sumber : Astro Awani