Suspek utama dari Geng 08 Spider Banting antara direman, bunuh pengurus pub

TIGA lelaki, termasuk seorang suspek utama kes bunuh pengurus pusat hiburan di pusat perniagaan 8 Avenue, Seksyen 8, Petaling Jaya, Disember tahun lalu, ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek utama Ragu Anpaznakan

Perintah tahanan reman mereka yang semuanya berusia 20 hingga 30 tahun dari geng kongsi gelap india 08 Spider Banting, dikeluarkan Penolong Pendaftar Hairol Azhar Mohd Ishak di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah mengesan sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki tiga lelaki di Taman Bukit Indah, Johor Bahru dalam keadaan mencurigakan pada pukul 3 petang semalam.

Menurutnya, sepasukan polis mengekori kenderaan tersebut namun suspek bertindak memecut kereta untuk melarikan diri apabila sedar kehadiran pihak polis sebelum kenderaan suspek dikesan semula di kawasan Susur keluar Plaza Tol Pedas, Negeri Sembilan di lebuh raya itu.

“Semasa pihak polis cuba menahan suspek, kereta tersebut telah merempuh kenderaan pasukan dan berlaku pergelutan sebelum ketiga-tiga lelaki itu diberkas pada pukul 5.30 petang. Setelah diperiksa, didapati seorang daripada mereka berusia 28 tahun merupakan suspek utama kes bunuh.

“Hasil semakan, lelaki berusia 28 tahun itu mempunyai 10 rekod lampau melibatkan Jenayah Kekerasan, Akta Senjatapi 1971, penyalahgunaan dadah dan Jenayah Terancang dibawah prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA),”

Mereka yang direman sehingga Selasa ini bertujuan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Sebelum ini, pada 17 Disember 2018, sepasang kekasih dan tiga bonzer ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes sama.

Dalam kejadian itu, mangsa Edward Rishal berusia 28 tahun dipercayai diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang ketika berdiri di luar pub terbabit bersama beberapa lelaki lain pada 6.38 pagi.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), berlaku pergaduhan awal antara beberapa lelaki di hadapan pub pada 5.32 pagi dan sejam kemudian, empat kenderaan jenis Perodua Myvi, Honda HR-V, Volkswagen Golf dan Toyota Camry datang ke lokasi dan beberapa lelaki bersenjatakan parang keluar serta menyerang mangsa yang berada di luar pub.

Dalam keadaan parah, mangsa sempat menyelamatkan diri ke dalam pub itu, sementara semua suspek melarikan diri.

Mangsa yang menetap di Maxwell Towers, Jalan Gasing Indah, Petaling Jaya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan pada 7.40 pagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.