Keterangan sebelum ini juga menyatakan mayat mangsa dihempap dengan motosikal dan dibakar.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa manakala barisan pembelaan diwakili peguam A Sheelan dan R Ryshinah.
TEMERLOH: Mahkamah Tinggi hari ini, menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas 5 rakan yang didapati bersalah membunuh seorang pemandu lori, 5 tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman itu ke atas A Simon, 49, S Suthakar, 25, J Sivachandran, 31, B Thiyagu, 34, dan S Sundramoorthy, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi.
Perbicaraan yang bermula pada Disember 2015 melibatkan 21 saksi pendakwaan dan 10 saksi pembelaan.
Mereka didakwa membunuh A Pachaippan@Arasu, 43, antara pukul 2.30 hingga 3.30 pagi, 22 Nov 2014 di tepi Jalan Bendera 13, Taman Bukit Bendera, Mentakab.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan keterangan semasa perbicaraan, mangsa dan tertuduh mempunyai pertikaian yang berlarutan sejak beberapa tahun sebelum itu.
KEADAAN di tempat kejadian selepas pergaduhan
Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan berganda dan mayatnya ditemui dengan beberapa kesan tetakan di badan serta kepala, putus jari selain sebahagian kulit kepala ditemui di atas jalan.
Menurut laporan Utusan Online pada 23 November 2014, mangsa A.Arasu yang juga bapa kepada empat anak maut manakala empat lagi rakannya cedera parah dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan kongsi gelap di hadapan rumah Persatuan Kebajikan Sukan dan Rekreasi di Bukit Bendera, Mentakab.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 pagi itu, dianggarkan lebih 30 orang terlibat dalam pergaduhan berkenaan yang dipercayai bermotifkan dendam.
KEADAAN di tempat kejadian selepas pergaduhan membabitkan dua kumpulan sehingga mengorbankan seorang lelaki di Taman Bukit Bendera, Mentakab
Keterangan sebelum ini juga menyatakan mayat mangsa dihempap dengan motosikal dan dibakar.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mustaffa manakala barisan pembelaan diwakili peguam A Sheelan dan R Ryshinah.
Sumber : Bernama