‘Manusia Kalkulator’ Yaashwin Sarawanan dari Malaysia buat juri Asia’s Got Talent tercengang !

Asia’s Got Talent merupakan satu program rancangan berbentuk realiti dengan menampilkan peserta-peserta mempunyai bakat luar biasa di pentas tersebut. Para peserta yang ingin melepasi ke peringkat seterusnya dalam rancangan tersebut perlulah berhadapan dengan 3 orang juri dan penonton di pentas Asia’s Got Talent. Juri-juri untuk rancangan yang sangat popular di Asia itu adalah Anggun yang merupakan selebriti terkenal Indonesia, David Foster dan Jay Park.

Jika sebelum ini, kumpulan Nama dari Malaysia telah memukau para penonton dan juri di Asia’s Got Talent dengan nyanyian acapella berkumpulannya, kali ini giliran seorang remaja berusia 15 tahun pula membuatkan para juri ‘pening kepala’.

Yaashwin Sarawanan yang berasal daripada Kuala Lumpur telah mengejutkan para juri dengan kehebatannya dalam pengiraan angka tanapa menggunakan sebarang peralatan ataupun kalkulator. Dia telah membuatkan David Foster tercengang apabila membuat hitungan dan meminta juri tersebut menggunakan kalkulator bagi menyemak setiap angka yang disebutkan.

Ternyata, pengiraan yang dilakukan tanpa sebarang bantuan adalah tepat. Juri dan juga hos rancangan tersebut telah dibekalkan dengan kalkulator untuk membuktikan kesahihan pengiraan Yaashwin yang hebat itu. Remaja tersebut juga secara tidak langsung telah digelar Human Calculator kerana kehebatannya menghitung dan mencongak angka dengan mudah.

Tahniah banggakan Malaysia

Kehebatan Yaashwin Sarawanan di pentas Asia’s Got Talent seharusnya dipuji kerana membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Bakatnya yang luar biasa ini telah menyebabkan ramai netizen meninggalkan komen di Instagram rancangan tersebut menyatakan rasa bangga serta kagum dengan bakat yang dimiliki olehnya.

Rakan sekolah pun bangga!

VIDEO
HUMAN CALCULATOR! | Asia’s Got Talent 2019 AXN Asia / 07 March 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.