Anak Penoreh Getah Dhivya Janani Pelajar Terbaik STPM 2018

SERI KEMBANGAN, 11 Mac : Hasil sokongan ibu bapa dan tekadnya mengubah nasib keluarga, usaha jitu M. Dhivya Janani, 20, anak bongsu pasangan G. Mariappan dan M. Shanti ternyata berbaloi apabila dinobatkan antara pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 yang diumumkan hari ini.

Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Dhivya yang merupakan anak pasangan kontraktor dan penoreh getah di Ladang Kerilla, Tanah Merah, Kelantan itu mencatatkan keputusan 5A dalam subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Pengajian Perniagaan, Geografi dan Ekonomi.

d2.jpg

“Ramai ingat STPM merupakan aliran pendidikan susah, namun sebagai pelajar kita perlu berani mencuba dan ia merupakan laluan terbaik. STPM menjadikan kita lebih berpengalaman dan menjadikan diri matang.

“Saya mendedikasikan kejayaan saya pada hari ini kepada keluarga saya yang telah banyak berkorban demi melihat kami (anak) berjaya, kepada guru Sekolah Menengah Dato’ Mahmud Paduka Raja (1), Tanah Merah, rakan seperjuangan dan Tuhan. Terima kasih semua,” kata pelajar aliran Sastera itu kepada Bernama selepas pengumuman keputusan peperiksaan STPM 2018 di sini, hari ini.

Menjadikan bekas Presiden India Dr APJ Abdul Kalam sebagai model peranannya, Dhivya yang bercita-cita menjadi seorang akauntan berhasrat melanjutkan pendidikan tingginya ke Universiti Malaya (UM).

d1

“Menjejakkan kaki ke UM merupakan antara keinginan saya sejak dahulu lagi. Saya berharap dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan sekali gus mengubah taraf hidup keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, Mariappan berkata anak bongsunya telah menunjukkan potensi besar dalam pendidikan sejak sekolah rendah lagi.

d8.jpg

“Dhivya merupakan anak yang tiada masalah langsung (dalam pendidikan). Saya dan isteri sentiasa menyokongnya, menyediakan keperluan pembelajaran secukupnya supaya Dhivya tidak terkesan dengan keadaan keluarga kami.

“Kami juga mengelak daripada menonton televisyen ketika Dhivya mengulang kaji pelajaran supaya tidak mengganggunya. Sebagai ibu bapa, kita perlu berkorban dan percaya kepada kemampuan anak kita,” kata Mariappan.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang mengumumkan analisis STPM 2018 itu berkata pencapaian peperiksaan itu terus melonjak dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.80 bagi 2018 berbanding PNGK 2.76 pada 2017.

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.