Konstabel Velu Penerima Pertama Anugerah Keberanian Tertinggi Negara

LIHAT foto pemuda ini, anda kenal dia? Kami rasa tidak. Anda tahu siapa dia? Kami yakin kalau gambarnya pun anda tak kenal, apatah lagi untuk kita tahu cerita mengenainya.

Sebenarnya, beliau ialah penerima Pertama Anugerah Keberanian Tertinggi Negara.

Ketika foto ini diambil, usianya dalam lingkungan 20an. Namanya Velu A/L Rajavelu. Lebih tepat, Konstabel Velu. Pada tahun 1962, dia yang ketika itu sedang bertugas, telah diarahkan untuk menyertai sebuah operasi khas menangkap sekumpulan perompak yang bermaharajalela di kawasan Klang, Selangor.

Dalam satu operasi khas di Estet Midland, berlaku kejadian berbalas tembak antara Konstabel Velu dan kumpulan perompak berkenaan di Kedai runcit Ah Chai. Dia telah bertindak luar biasa dalam insiden tersebut dalam usaha hendak menumpaskan mereka. Namun takdir menentukan segalanya. Beberapa butir peluru menembusi tubuhnya dan Konstabel Veloo akhirnya menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian. Darah membuak-buak keluar dari badannya. Dia akhirnya pergi buat selama-lamanya.

Di atas keberaniannya yang luar biasa, gagah dan penuh pengorbanan, kerajaan Persekutuan memutuskan untuk mengurniakan mendiang darjah kebesaran Persekutuan yang mempunyai kedudukan paling tinggi dalam negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.). Pingat ini berkedudukan lebih tinggi daripada Darjah Darjah Kerabat Di-Raja Malaysia (D.K.M.) yang dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) yang dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Raja-Raja Melayu.

Nak tahu hebat tak hebat pingat ini, kalau dalam dalam majlis penganugerahan pingat kebesaran oleh Yang Dipertuan Agong, mereka ORANG PERTAMA yang akan diberi pingat dulu, kemudian barulah para Tun, Tan Sri, Datuk dan lain-lain itu.

Sejak diperkenalkan kali pertama pada tahun 1960, tak sampai 30 orang yang dianugerahkan pingat SP. Kebanyakannya adalah anggota tentera atau polis yang terbunuh dalam tugas mereka.

Lebih tepat lagi, Konstabel Velu adalah rakyat pertama yang dianugerahkan pingat tertinggi negara itu!

Yang hairannya, walaupun pingat ini pingat paling tinggi dalam negara, penerimanya langsung tak dapat apa-apa gelaran! Pingat SP juga kalau korang tengok nak tergelak pun ada. Kecil saja bentuk dia berbanding mereka yang dapat pingat Tun, Tan Sri atau Datuk yang bersinar-sinar cahayanya macam emas, siap selempang bagai.

Namun adalah cukup menyedihkan kerana sehingga kini tidak ada usaha daripada mana-mana pihak untuk mengangkat sejarah keperwiraannya hingga kita sendiri tidak pernah dengar atau tahu mengenai ‘kewujudan’ mendiang. Di mana silapnya?Cerita keberanian Konstabel Velu pernah diterbitkan dalam buku teks Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) tetapi telah ditarik balik kemudian atas sebab tidak diketahui.

Selain Pengurniaan Pingat tertinggi dari Kerajaan, keberanian Konstabel Velu juga telah dihargai oleh Keluarga Ah Cai di mana mereka telah mendirikan Batu Peringatan di tanah perkuburan Estet Midland. Walaupun Konstabel Velu mendapat pengiktirafan tertinggi Kerajaan dan nama beliau menjadi sebutan penduduk setempat, kisah keluarganya berakhir dengan kesedihan. Selepas pemergian Konstabel Velu, isteri dan keluarga mendiang hidup dalam kemiskinan di Ladang Nigel Gardener, Batang Berjuntai sehingga akhir 90-an.

Puas kami cari dalam internet, tak ada satu cerita penuh yang keluar pasal mendiang. Yang ada pun cuma dua tiga baris ayat yang mengatakan Konstabel Velu mati ketika hendak menumpaskan sebuah kumpulan penjenayah di Klang. Itu saja!

Gambar e-poster dari arkib PDRM untuk Sambutan Hari Pahlawan 2018

Adakah kita berlaku adil kepada para pahlawan ini? Adakah kita sedar tanpa darah dan airmata Velu (sekadar menyebut salah seorang), kita akan merasai keamanan yang kita kecapi sekarang ?

Semoga jasa dan pengorbanan lelaki pertama yang dianugerahkan pingat keberanian tertinggi negara ini tidak terus lenyap ditelan zaman. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Tabik Konstabel Velu Rajavelu!

Sumber: theRakyat.com, Wartawan jenayah terkenal Syahril A. Kadir dan Saudara Punithan Kanniappan

9 comments

  • Thank you for your write up on Late-constable Velu. Knowing our history is important.

    Takbir Hormat pada Tuan Velu.
    May you in peace 🙏🏻

    Like

  • Punithan Kanniappan

    The story abt Late Velu was published in Tamil primary school text book later it was removed. The shoot out incident belived to have taken place in a chinese sundry shop (who was fondly known as Ah Chai) in front of Midland Estate, Klang. ( Abt 500 meter frm Sg Rasau Toll)
    According my estate folks the Ah Chai family member erected a tomb stone in the estate cemetry for remembrance. Upon his death his family lived in poverty. Until late 90s his family lived in Ladang Nigel Gardener , Batang Berjuntai. I met his wife sometime in 1994 when i was working for Sahabat Alam Malaysia, KL. She was quite old then.

    Like

  • Tq for the valuable information. Tq Mr. Punithan for your infor abt Mr. Velu family. Indeed many Indians were first in sacrificing their life for this nation, including Mr. Ganapathy, a leader of a labour movement, fighter for the working class, who was first to be hanged in Pudu jail, KL alleging as a communist.

    Like

  • Thank you for the deep concern and research done to bring out that info for so many of us, I’m a ex 👮 and I know how this feels..
    The family should have been taken care better by the government… God bless.

    Like

  • Some people need to be born of certain breed, race and religion to be acknowledged as heroes. If not forget it. You are just another man walking in the streets of chow kit. They can only see and highlight what they want to show, the rest are insignificant. It is claimed that only one group fought for the nation’s independence. The rest of us slept through this turmoil period. If history can be manipulated and facts distorted to suit certain groups, I rest my case!

    Like

  • Thank you very much.There are more hidden stories buried so that it will be revealed to others attention.
    I strongly believe that if any citizens of this country know of any good news about our people, please publish them so that our generation will read and know how much our people have contributed to this country and still receive complaints from thers.
    Finally I deeply thank any salute to our hero Mr.Velu who has given his life for the country. God bless his soul.

    Like

  • Pingback: Sebenarnya ada anugerah lebih tinggi dari TUN, penerima pertamanya bukan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.