UPDATE : 790 Laporan Polis dibuat terhadap Zamri Vinoth dan pemilik akaun youtube dicari

KUALA LUMPUR, 28 Apr:  PDRM melalui satu kenyataan media tadi, telah mengesahkan bahawa sebanyak 790 laporan polis diterima dari seluruh Malaysia.

Menurut Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, CP Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, atas laporan polis tersebut mereka telah menangkap seorang penceramah bebas iaitu Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu berusia 34 tahun di Arau, Perlis.

cover pic1

Menurut kenyataan beliau, suspek kini ditahan reman selama empat (4) hari sehingga 1 Mei 2019 untuk membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 298A, Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Pihak PDRM juga sedang mengesan pemilik akaun laman sosial Youtube atas nama INFO SUNNAH KELANTAN yang memuat naik klip video Zamri Vinoth yang mengandungi kenyataan berunsur penghinaan terhadap agama hindu.

CP Dato’ Seri Abdul Hamid juga mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi untuk memuat naik atau berkongsi apa jua bentuk provokasi yang boleh membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat berbilang agama dan bangsa di negara ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.