Malaysia Airlines beri diskaun 50 peratus

MALAYSIA Airlines menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus untuk kadar tambang bermula semalam hingga 8 Mei nanti melalui kempen Ultimate Travelicious Deals.

Ketua Pegawai Perolehannya, Ignatius Ong berkata, pelanggan yang merancang perjalanan ke destinasi antarabangsa berpeluang menikmati kadar tambang bagi kelas Ekonomi serendah RM379 ke Phuket, Kochi (dari RM399) dan Bali (RM629).

“Malah, bagi perjalanan ke China, kami menawarkan tambang serendah RM589 ke Nanjing, dari RM689 (Hong Kong) dan dari RM1,089 (Shanghai).

“Bagi laluan ke Perth, kami menawarkan tambang bermula dari RM999, Seoul (dari RM1,099), Tokyo (dari RM1,199) dan London (dari RM2,499),” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, menurutnya pelanggan yang tidak membawa sebarang bagasi tambahan boleh menikmati tambang Economy Lite bagi destinasi domestik yang bermula pada harga serendah RM69 ke Pulau Pinang dan Langkawi, dari RM99 (Kuching) dan dari RM159 (Kota Kinabalu).

“Tawaran ini sah untuk perjalanan dari 29 April 2019 hingga 31 Mac 2020,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh melayari lawan web Malaysia Airlines atau laman rasmi facebook mereka.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.