Rakyat Malaysia Ditembak Mati Oleh Polis Indonesia

PUCHONG: Media Indonesia Tribun Medan melalui laporan bertarikh 29 April 2019 mengesahkan 2 WNA (Warganegara Negara Asing) dari Malaysia dan India telah ditembak mati oleh Skuad Elit Polis Jabatan Jenayah Narkotik (Personil Direktorat Narkoba Polda) Sumatera Utara dalam satu operasi pencegahan penyeludupan dadah.

Menurut Ketua Polis Sumatera Utara, Irjen Agus Andrianto, dua WNA iaitu Kuggentiran Pillai, 30 dari Malaysia dan Sreejith Thulasedharan dari India ditembak mati oleh pasukan elit apabila bertindak ganas melawan polis selepas ditangkap bersama 14 kilogram dadah jenis syabu.

“Mereka berdua yang ditembak mati dan 14 lagi warganegara indonesia yang ditangkap dalam operasi ini merupakan orang penting dalam sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa yang mempunyai rangkaian di Myanmar, Sri Lanka, Malaysia dan Indonesia dengan Sumatera dijadikan sebagai transit,” katanya.

Beliau juga nyatakan operasi besar-besaran dilakukan di beberapa lokasi sekitar Sumatera Utara sejak bulan lepas apabila menerima maklumat orang awam dan hasil risikan pasukan elit Polis mengenai pergerakan Sindiket dadah antarabangsa ini.

Kuggentiran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.