Bekas penyampai radio Funky Shankar diberkas polis kerana ugut pecahkan muka Zamri Vinoth

KANGAR 3 Mei – Seorang individu yang mengugut untuk memukul Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu melalui panggilan telefon serta laman Facebooknya ditahan polis di Brickfields, Kuala Lumpur hari ini.

Penahanan lelaki yang dikenali sebagai Shankar Ganesh Siridharan atau lebih dikenali sebagai Funky Shankar itu dilakukan tidak lama selepas Muhammad Zamri membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, semalam.

Gambar fail – Shankar

Muhammad Zamri yang dimaklumkan mengenai penahanan lelaki tersebut oleh polis tengah hari ini berkata, individu berkenaan turut menghasut orang lain supaya bertindak sama dengan memberi nombor telefonnya.

Salinan laporan polis Zamri

Katanya, selain mengherdik dengan kata-kata kesat, lelaki berkenaan yang juga bekas penyampai radio di sebuah stesen swasta juga mengugut untuk memecahkan muka beliau.

“Ketika saya berada di Kangar semalam, saya telah melihat satu hantaran video daripada lelaki tersebut di laman Facebooknya yang memuat naik rakaman telefon bersama saya yang mengandungi ugutan.

“Melalui rakaman itu juga, dia (suspek) menyebarkan nombor telefon saya agar orang lain menghubungi dan menganggu serta mengugut saya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum itu, seorang lelaki mengugut untuk menumbuk sehingga mencederakan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di laman Facebook kelmarin, turut berjaya diberkas di Pulau Pinang, hari ini.

Lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai kerani itu ditahan di rumahnya di Gelugor.

Tambah Muhammad Zamri, dia membuat laporan polis selepas bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga.

Sumber – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.