Gadis bertudung bangga bapa selamatkan 12 anjing dari ditembak PBT

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Seorang gadis Melayu berkaca mata dan bertudung bangga dengan tindakan bapanya menyelamatkan 12 ekor anjing hutan baru-baru ini.

Tidak menyebut lokasi dan bagaimana kejadian berlaku, Effy, pemilik akaun Twitter Snugdeal3r, percaya haiwan tersebut akan ditembak mati majlis bandar raya yang dirujuknya sebagai MPK, jika tidak diselamatkan bapa.

cover

© Provided by Malay Mail Sdn Bhd Effy menyamak menggunakan sabun Taharah selepas memegang anjing yang diselamatkan bapanya. — Foto ihsan Twitter/Snugdeal3r

“Mereka tidak tahu mahu pergi ke mana. Mereka setia, kadang-kadang sedikit protektif dan agresif (dengan orang yang tidak dikenali) tapi dia merupakan teman terbaik saya,” katanya melalui media sosial itu kelmarin.

Semakan ProjekMM mendapati akaun itu juga penggemar kucing dan kisahnya ada dimuatkan dalam satu blog.

Semua anjing diberi nama, antaranya Blacky, Bella, Sasat, Magic, Gegirl, Bellbell, Jacob, Edward, Noisy dan Whitey.

Sedang menyiapkan tempat berteduh untuk haiwan tersebut, Effy berkata beliau tidak ada untuk melakukan samak.

“Buat kalian yang tanya macam mana kami samak, kami guna sabun Taharah saja, baju yang mereka sentuh dan jilat pun guna sabun yang sama. Lepas itu baru masuk ke dalam mesin basuh,” kata Effy.

Semakan ProjekMM mendapati Sabun Taharah adalah barangan buatan Malaysia yang sesuai untuk mencuci kotoran najis Mughallazah (berat).

Ada 95 peratus tanah liat, penggunaan sabun itu disahkan Jawatankuasa Majlis Fatwa Malaysia serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Memaklumkan dua ekor diberi kepada jiran, gadis itu juga kagum kerana anjing tersebut seolah-olah tahu menghormati ayahnya.

“Anjing macam tahu hormat bapa. Bila bapa berjalan dengan memakai jubah maknanya itu baju solat, jadi diorang tak datang dekat, takut nanti kotor,” katanya.

Capture1.PNG

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.