Wanita dilarang minum air botol ditinggal lama dalam kereta

Umumnya ramai akan minum air botol di dalam kereta apatah lagi jika perjalanan jauh dan cuaca ketika itu sangat panas.
Akan tetapi kita lupa untuk mengeluarkan air botol tersebut dari kereta, dan kita minum air yang sama pula pada keesokan harinya.
Namun adakah anda tahu ia akan memberi kesan amat teruk khususnya golongan wanita?
Kerana ia adalah pembunuh nombor 1 golongan tersebut yang menjadi punca utama kanser payudara.
Asasnya, hawa panas yang memanaskan air dalam botol (bahan plastik) memiliki bahan kimia tertentu yang boleh menyebabkan kanser.
Hawa panas itu akan menyebabkan racun dari plastik menjadi bocor, dan kemudiannya bercampur dengan air.
Para doktor telah menemui racun ini pada tisu payudara.
Menurut kajian, 93% daripada air dalam botol menunjukkan tanda pencemaran mikroplastik.
Purata zarah mikroplastik yang dijumpai dalam air yang dibotolkan ialah 10.4 > 100 um untuk setiap liter air botol.
Pendek kata, terdapat kira-kira 10 zarah plastik bersaiz lebih lebar dari rambut manusia dalam setiap liter air.
Ahli sains juga mendapati air dalam botol mengandungi 2 kali lebih banyak zarah plastik (> 100 um) berbanding dengan air paip biasa.
Jadi, apabila kita minum satu liter air botol sehari, kita akan menelan berpuluh ribu zarah-zarah plastik dalam satu tahun.
Bayangkan betapa bahaya minum air dalam botol plastik jika golongan wanita mudah diserang kanser payudara?