Bekas CEO Rayani Air Ravi Alagendran peluk Islam

PASIR MAS – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air, Ravi Alagendran, 52, bergelar saudara baharu selepas memeluk Islam secara rasmi pada 24 September 2019.

Rakan baik kepada usahawan penerbangan itu, Syed Mohd Amirrudin Syed Alwi berkata, Ravi melafazkan dua kalimah syahadah di Balai Islam Lundang di sini.

Syed Mohd Amirrudin (kanan) berkongsi berita gembira mengenai perkahwinan Ravi dan isterinya di media sosial.

“Saya gembira dengan perkhabaran ini. Dia (Ravi Alagendran Abdullah) memperoleh hidayah daripada ALLAH SWT untuk memeluk Islam menerusi mimpi.

“Pergaulan dengan rakan-rakan beragama Islam turut menjadi pendorong kepada Ravi untuk mendalami Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tindakan Ravi memperkenalkan penerbangan patuh syariah merupakan salah satu usahanya selepas tertarik dengan ajaran Islam.

“Bagi ‘menyuburkan’ lagi perasaannya terhadap Islam, Ravi banyak membaca dan belajar berkaitan agama Islam.

Selain itu, dia kerap mendengar ceramah-ceramah daripada pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.”Sejurus memeluk Islam, Ravi Alagendran berkahwin dengan warga Indonesia, Uci Indah Sari, 23,” katanya.

Bercakap kepada portal mstar, Ravi beritahu bahawa memilih untuk mengekalkan namanya dan kini dikenali sebagai Ravi Alagendrran Abdullah.

Dokumen sah Ravi memeluk Islam yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Foto ihsan Ravi Alagendrran Abdullah

Selain itu, beliau juga mengharapkan DOA seluruh rakyat beragama Islam agar impiannya untuk melihat isteri tercinta iaitu Dato Karthiyani Govindan turut memeluk agama Islam menjadi kenyataan. Beliau turut berharap agar usahanya ini akan mendapat sokongan daripada masyarakat Muslim di Malaysia.

Untuk maklumat, Rayani Air merupakan sebuah syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia dan memulakan operasi pada Disember 2015.

Pada 9 April 2016, Ravi membuat pengumuman menggantung operasi Rayani Air berkuat kuasa serta-merta.

Pada Jun tahun yang sama, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) serta Sijil Operator Udara (AOC) Rayani Air kerana didapati melanggar syarat-syarat ASL dan kurang keupayaan dari segi kewangan serta pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Sumber : Sinarharian & Mstar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.