Responder Komuniti dihalau dari memberi bantuan kepada mangsa kemalangan

Seorang lelaki keturunan Tionghua terkejut dan sedih apabila beliau dihalang dari memberi bantuan ke atas mangsa nahas atas sebab perbezaan kaum, menurut laporan portal berita MalayMail pada 15 November .

Malah, Ooi Shou Wayne, anggota gerak cepat komuniti sekitar Alor Setar, Kedah juga menerima ancaman untuk “dibelasah” jika beliau terus mahu memberi bantuan.

“…You (awak) budak Cinakah?Kamu datang sini buat apa?Sini tak perlu tolong kamu! Baliklah. Saya mahu yang Melayu sahaja yang bantu.

“Saya sudah call (hubungi) ambulans. Kita tunggu pihak ambulans.Tak payah tujuk hebat dekat sini,” tulis Ooi mengulang kata-kata dua lelaki berkenaan melalui Facebook pada 13 November lalu.

Namun, beliau berkata kepada beberapa orang awam yang menasihati dua lelaki tersebut supaya memberi peluang kepadanya untuk memberi bantuan.

ooi.jpg

“Insiden ini tidak sesekali menjatuhkan semangat saya untuk terus membantu,” kata Ooi yang tekad untuk membantu “anak Malaysia” tanpa mengira kaum dan agama.

Semakan kami di halaman facebook beliau menemui banyak paparan foto melibatkan kerja Ooi dalam membantu mangsa kemalangan dan kecemasan.

Hantaran beliau melalui akaun facebook WayneOoi93 juga menerima maklum balas positif warga maya dari pelbagai kaum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.