Sekolah Tamil berasrama yang pertama dibuka secara rasmi oleh Menteri

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands muncul sebagai sekolah Tamil pertama memiliki asrama untuk kemudahan pelajarnya.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar berkata, asrama yang disiapkan dalam tempoh kurang setahun itu mampu memuatkan 200 pelajar pada satu-satu masa.
“Kerja pembinaan asrama dimulakan pada 1 Januari lalu dan pada 31 Oktober lalu iaitu kurang setahun asrama sekolah itu dapat disiapkan seperti dirancangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majis Perasmian Pembukaan Bangunan Asrama di SJKT Ladang Midlands, di sini, pagi tadi (05 Disember 2019).
Katanya, dengan kewujudan asrama, pelajar berumur 10 hingga 12 tahun dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) boleh mendiami asrama ini.
Xavier berkata, projek pembinaan asrama ini selaras dengan konsep asrama desa yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan.
Katanya, pada sesi pembelajaran 2020, sekolah itu akan mengambil 100 pelajar untuk tinggal di asrama.
Xavier berkata, asrama ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti bilik warden, bilik belajar, permainan dalaman, dobi, bilik menonton, bilik mandi dan tandas.
Sumber & Kredit Gambar : SelangorKini / REMY ARIFIN / Saudara Devaraj Subramanian @ Jabatan Penerangan Malaysia
சிறந்த முயற்சி. 👍🏼
மேலும் பல பள்ளிகள் இத்தகைய வசதியை பெற்று மேன்மையடைய வாழ்த்துகள். 🙏🏼
LikeLike
Satu langkah yg bijak jika pemantauan terhadap disiplin pelajar di asrama, tingkah laku dikalangan pelajar asrama, had kuasa warden, kemudahan makan minum dipertingkatkn.
LikeLike