Kisah Menarik Kak Pavithra dan Saluran Youtube Beliau Yang Viral Dengan Lebih 100k Pengikut

Siapa sangka seorang perempuan Tamil dari perkampungan kelapa sawit di Perak mampu memenangi hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hanya dengan bakat dalam pelbagai masakan tempatan terutama masakan India dan kefasihan beliau dalam Bahasa Melayu ?
Ya, itular Kak Pavithra yang sehingga kini mempunyai lebih 100k pengikut (subscriber) di laman media sosial ‘Youtube’. Apa yang menariknya, saluran (channel) beliau atas nama ‘Sugu Pavithra’ yang baru dibuka dua bulan lepas mendapat tontonan yang tinggi untuk setiap video yang memaparkan kak Pavithra dengan berbagai-bagai menu. Malah, ada pengikut yang menghadiahkan perkakas dapur, alat permainan untuk anak-anak Pavithra dan barang masakan.
Apakah rahsia di sebalik ‘kasih sayang’ yang tak terhingga ini ?
Kak Pavitra yang hanya bercakap dalam Bahasa Melayu di dalam videonya, berjaya menarik perhatian masyarakat Malaysia melalui tona suara yang lemah-lembut, beradab sopan dan paling penting kesederhanaan hidup kak Pavithra bersama keluarga tersayang yang dapat dilihat dalam setiap video beliau kongsi di laman media sosial Youtube. Di samping itu, cara masakan kak Pavithra yang simple, pelbagai dan menyelerakan juga salah satu sebab video Kak Pavithra menjadi viral.
Keistimewaan kandungan video kak Pavithra juga menarik perhatian seorang vlogger wanita Jepun yang lebih dikenali dengan nama saluran youtube ‘iChang RM’. iChang RM merujuk video kak Pavithra dalam siri jelajah makanan beliau di Malaysia.
Setiap usaha yang murni pasti akan terima pandangan negatif dari segelintir pihak. Itular realiti pada masa sekarang. Kak Pavithra juga menghadapinya apabila beberapa pengikut (subscriber) mempertikaikan tindakan kak Pavithra yang hanya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dalam videonya sedangkan beliau seorang Tamil dan mereka desak agar buat video dalam bahasa Tamil.
Kak Pavithra terus membalas komen mereka dan jawapanya yang padu telah membuat pengikut tersebut hilang dari radar. “Saya cakap Bahasa Melayu sebab 1 Malaysia boleh faham pertuturan saya, salah ke?” tulis Pavithra.
Di sini, kita dapat lihat bahawa kak Pavithra bukan sahaja menunjukkan semangat 1Malaysia yang betul tetapi secara keseluruhan contoh teladan yang baik. Tanpa apa-apa pelaburan, prop yang canggih, make-up dan lain-lain, kak Pavithra memberi mesej yang dalam kepada kita bahawa hati yang bersih serta idea yang bernas adalah intipati kejayaan.
Di bawah ialah pautan ke saluran Youtube kak Pavithra dan anda boleh memberi sokongan dengan ‘Subscribe’ ikuti saluran beliau untuk lebih video menarik. Jangan lupa juga untuk melihat komen-komen masyarakat Malaysia berbilang bangsa yang memuji usaha kak Pavithra. Ia akan memberi gambaran yang lebih jelas. – TamizharMedia Editorial