Terima Kasih Inspektor Sinniah Rajoo

“PADA mulanya saya ingat dia membawa mayat kerana keadaan bayi itu tidak berbalut,” kata Inspektor Sinniah Rajoo, 31, yang membantu pelancong Russia yang baru melahirkan bayi di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pegawai Tatatertib Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu berkata, dalam kejadian pada 24 April lalu, dia ketika itu bertugas di sekatan jalan raya di Jalan Ampang.

3

“Saya kemudian melihat seorang lelaki Russia membawa bayi dalam keadaan tidak bergerak, ketika itu saya tidak perasan ada wanita di belakangnya.

“Selepas menahan lelaki terbabit, saya terkejut melihat bayi yang dipangkunya tidak dibalut manakala pasangan itu dalam keadaan kurus,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

1 (5)

Sinniah berkata, dia bersama seorang lagi anggota membantu kedua-dua warga Russia berkenaan dan turut menukar lampin pakai buang bayi terbabit.

“Keadaan bayi itu sangat menyedihkan, tali pusatnya masih berdarah. Kami membantu membersihkan bayi berkenaan.

“Saya juga bertanya mereka mengenai kelahiran bayi itu. Lelaki berkenaan berkata dia sendiri yang menyambut kelahiran di sebuah hotel,” katanya.

2

Menurutnya, pasangan berkenaan yang berusia lingkungan 30-an adalah pelancong.

“Mereka mendakwa sudah kehabisan wang. Atas dasar kemanusiaan saya dan anggota menghulurkan bantuan.

“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Tun Razak sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.

4

Sumber : HarianMetro, Kredit Gambar : Facebook  (JSPT) Kuala Lumpur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.