Janusha menjadi pegawai wanita pertama dari Angkatan Tentera Malaysia yang berjaya menamatkan Pengajian dan Latihan Ketenteraan di United States Naval Academy

Sejarah tercipta apabila Pegawai Kadet Kanan (PKK) Janusha a/p Bala Krishnan Muthiah dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi pegawai wanita pertama dari Angkatan Tentera Malaysia yang berjaya menamatkan Pengajian dan Latihan Ketenteraan di United States Naval Academy (USNA). Majlis Tamat Pengajian yang penuh gemilang telah disempurnakan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat dan dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Tentera Laut Amerika bersama Duta serta Penasihat-penasihat Pertahanan dari pelbagai negara.

PKK Janusha dari Class of 2022 telah mula menjalani pengajian dan latihan ketenteraan di USNA pada tahun 2018. Turut bersama beliau menjalani latihan selama empat tahun ini adalah 1085 pelatih dari Amerika Syarikat dan 14 pelatih dari luar negara. Kejayaan PKK Janusha menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di salah sebuah pusat latihan tentera terbaik di dunia ini membuktikan kewibawaan dan kemampuan wanita muda Malaysia untuk bersama bersaing di dalam bidang yang lebih dipelopori oleh kaum lelaki.

Tentera Laut Diraja Malaysia akan terus memberi sokongan di dalam kesaksamaan jantina dan bangsa untuk peluang-peluang seperti ini. Semoga kejayaan PKK Janusha akan menarik lebih ramai anak muda terutama dari golongan wanita untuk menjadikan kerjaya ATM amnya dan TLDM khasnya sebagai satu cabang kerjaya yang boleh dijadikan pilihan di masa hadapan.

Sumber : Bahagian Sumber Manusia-Pembangunan, Markas Tentera Laut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.