Isu Palestin ialah isu kemanusiaan bukan agama

“Kena palau. haha. Oleh kerana ramai kawan2 bertanyakan mengenai gambar di bawah nie (di mana segelintir rakan2 india serta Negara India beri sokongan kepada Israel), berikut adalah pandangan saya. Jika betul sahabat2 dialukan kongsinya. Biar sampai kepada semua.

•Pertama, saya tak pernah dan tak kan ada semangat atau jati diri ‘keindiaan’, atau ‘kemodiaan’, haha. Ia kerana saya adalah seorang yang lahir di Malaysia dan saya amat2 bersyukur lahir di tanah indah nie yang memberi kehidupan yang sempurna berkat.

Saya seorang rakyat Malaysia dan dalam apa jua keadaan saya tidak akan membelakangkan Negara saya atau saudara2 Melayu yang membuka ruang untuk berkongsi rezeki dan hidup sama-sama. Adalah tanggungjawab saya dan semua juga untuk sama-sama mempertahankan Tanah Air ini daripada anasir2 jahat.

Kenapa saya berkata sedemikian ? Bukan ke saya seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya sedikit jati diri ‘India’ kerana asal dari sana ? Itu adalah beberapa persoalan yang mungkin bermain dalam fikiran sahabat Melayu yang baru berkenalan dengan saya.

Ceritanya bermula begini. Saya ialah generasi ketiga yang lahir di sini. Moyang kepada Datuk saya telah berhijrah dari Tamil Nadu ke Malaysia kerana ditindas, dinafikan hak kehidupan, diperlakukan seperti hamba abdi, dan harta yang sedikit (tanah) yang dimiliki ingin dirampas oleh orang dari bangsa / kaum (tamil) sendiri. Kenapa mereka berkelakuan begitu ? Ia kerana mereka dari kasta yang tinggi. Ceritanya panjang sikit mcm cerita Tamil tapi saya ringkaskan sahaja kerana takut ia menjadi suatu karangan yang terlampau panjang. haha. Ada masa saya akan kongsikan dengan lanjut.

Jadi daripada kisah / pengalaman moyang saya, saya dapat dapat rasa apa itu erti ‘kebebasan’ ‘kelaparan’ dan ‘kesakitan’. Kesedaran itu yang diturunkan dari generasi ke generasi dalam keluarga kami. Moyang saya pun berusaha dan tabur bakti semampu boleh dalam usaha kemajuan Negara. Jadi di sini saya ingin tekankan bahawa ya kami tidak lupa asal usul dari mana tetapi di samping itu tidak jupa lupa jasa, hidup dapat di Tanah Malaya nie. Masalah timbul apabila ramai yang berhijrah ke sini tidak tahu asal usul dan apa cabaran moyang mereka hadapi di seberang sana. Kalau sedarnya, semestinya mereka syukur atas kurniaan yang diberi di sini. Kalau semua macam tu, sudah pasti Perpaduan dapat dikecapi dengan lebih jayanya.

Kesimpulanya saya ingin kekalkan identiti ‘Tamil’ yang mengajar tentang kemanusiaan, kehidupan, pemikiran matang dan cara nak jadi manusia yang beradab daripada ‘India’ yang saya rasa tidak mengajar saya apa2. Hehex. Sorry ye, itulah realitnya. Di India ‘estremisme agama dan kasta’ masih berlanjutan dan kerajaan sendiri di sana ‘menghalalkan’ perkara sebegini. Hanya di negeri seperti ‘Kerala’, ‘Tamil Nadu’ dan satu lagi tak ingat nama ada perubahan dan sedang memperbaiki masalah sedia ada. Nota Tambahan : INDIA adalah gelaran moden diberi oleh British. Ia bukan sebuah negara yang mempunyai satu bahasa atau orang asal rasmi Tetapi gabungan pelbagai tanah, budaya, masyarakat, sejarah dan lain2. Lebih kurang seperti ‘USSR’ Soviet Union. Apa yang PM Tercinta segelintir orang di sini iaitu Narendra Modi buat ialah tengah menukar sejarah penubuhan tersebut.

Di sini pun terpaksa tulis ‘india’ untuk tujuan rasmi kerana ia termaktub dalam sistem pentadbiran Negara untuk memudahkan kerja Kerajaan mengolongkan pelbagai etnik yang datang dari ‘India’.

Jadi kalau sahabat2 nampak mana2 rakyat Malaysia yang letak atau tulis #indiastandswithisreal dalam laman media sosial, hantar je mesej nie kat mereka atau senang kerja cakap ‘you bodoh bebal’ atau ‘mutta payale, arivu ille ?’ haha.

Duduk kat sini bertahun2 tapi langsung takda semangat Patriotisme, lepas tu pergi backup negara India yang sokong penghapusan etnik di Palestin.

Kalau ada masa lapang boleh baca perkara di bawah juga.

•Apa itu ‘kasta’ ? Sebenarnya kehidupan mengikut ‘kasta’ tidak wujud pada zaman dahulu. Dulu orang tamil digelar / dikenalpasti mengikut kawasan yang mereka duduki, pekerjaan atau kegiatan ekonomi mereka. Tiada jurang perbezaan antara mereka nie. Cerita bab nie panjang sikit kerana terdapat banyak fakta dan insiden2 sejarah. Cukup saya kongsi ‘basic’ sahaja. Di masa hadapan saya akan kongsikan secara lanjut mengenainya.

Jadi bagaimana kasta wujud dan sebati dalam kehidupan orang ?

Kalau mengikut sejarah awal (budaya, bahasa dll) yang lagi lama dari India / etnik2 lain), penyelidikan dan sumber arkeologi, orang Tamil nie sebenarnya tidak menganuti sebuah agama / aliran sahaja termasuk Hindu yang diagung-agungkan sebagai tertua dan macam2. Itu sebabnya ramai dalam hindu sendiri tak tau baca ‘Vedas’ dan apa yang terkandung di dalamnya.

Jadi orang Tamil nie mempunyai budaya, cara sembahyang dan kehidupan yang ‘totally’ berlainan. Apabila anasir luar dipanggil ‘Brahmin’ masuk ke dalam persekitaran dalam budaya orang Tamil, mereka merangka Kitab ‘Veda’ yang menurut mereka ditulis oleh ‘Dewa’ dari Syurga / alam semesta. Selepas itu terhasil juga cerita2 purana dan buku undang2 ‘Manusmriti’ yang memisahkan manusia mengikut pekerjaan / kelahiran mereka. Setiap peringkat dibahagikan, dikaitkan dengan cerita purana, cara hidup dan hukuman dikenakan sekiranya melanggar ajaran di dalam kitab tersebut. Mereka juga jadikan ‘lembu’ sebagai wakil Tuhan dan istimewa. Ironiya, golongan Brahmin nie dapat keistimewaan yang amat banyak dan kebal dari tindakan.

Menggunakan ‘Veda’ dan ‘Manusmriti’ mereka melakukan dakwah dan mempengaruhi Raja2 Tamil yang merupakan tunjang masyarakat Tamil dahulu. Jadi bermula dari situ, pelaksanaan ‘kasta’ dikuatkuasakan dan golongan Brahmin menjadi golongan yang amat penting dan berkuasa. Bukan calang2 Brahmin ye kerana kepandaian mereka. Panjang juga ceritanya.

Selepas itu, bermulalah semua hidup secara berkasta2. Golongan dari kasta tinggi yang diberi keistimewaan (dari segi ekonomi + peluang ekslusif dalam adat hindu) mula pandang rendah dan memulaukan saudara2 mereka dari bangsa dan kaum sendiri.

Sahabat2 cuba anda fikirkan, apa akan terjadi kepada sesebuah golongan jika mereka dinafikan hak asas, pendidikan, ekonomi dan disinggirkan dari aliran utama ? Semasa pemerintahan Raja2, walaupun sistem kasta telah wujud tetapi tahap extremismenya tidak seteruk begitu tetapi selepas kejatuhan Raja2 Tamil, masalah dalam yang teruk dalam sistem pemerintahan dan disusuli dengan pemerintahan asing oleh Raja bangsa lain, ia menjadi parah dan sebati dalam diri.

Akan bersambung lagi nanti di Part 2. Saya akan berkongsi fakta / sejarah tamadun india, jenis orang Tamil, kasta dengan lebih terperinci dan cara kasta sebati dalam diri segelintir orang di Malaysia, bagaimana ia memberi kesan dalam politik orang india dan macam2 lagi yang anda tak pernah dengar. Saya syak akan terima tentangan dari komuniti saya sendiri bila berkongsi semua tu tapi takpa, boleh je handle semua.

Siapa saya dan kelayakan saya untuk cerita benda2 tersebut ? Senang sahaja iaitu saya seorang budak waras yang dapat ‘A’ dalam subjek Sejarah dan Bahasa Melayu sejak dari peperiksaan UPSR hingga STPM. Terlibat dari aktiviti-aktiviti sosial NGO sejak tahun 2015. Selain itu, Ayah saya seorang penjawat awam, kerja di DBKL dan kami duduk di kuarters Kerajaan. Itu sahaja sahabat2 ku. Sekian Terima Kasih.” – 16 May 2021

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.