Masalah ketagihan alkohol dalam komuniti india

Selamat sejahtera, perpaduan kepada semua. Mari kita terus ke ulasan penuh mengenai hantaran saya tempoh hari berkaitan masalah alkohol dalam komuniti india. Saya tulis perkara ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya dengan harapan ia memberi penjelasan, kesedaran kepada semua. Jadi bukan saya tulis dengan sewenang-wenangnya atau nak mengutuk sesiapa. Mari kita baca dengan minda terbuka.

Kisahnya bermula sebegini, viral dalam group whatsapp dan kemudian facebook mengenai sekumpulan india yang pergi bercuti di Langkawi. Semasa dalam perjalanan entah ke mana, di tengah jalan di hadapan khalayak umum, seekor dari kumpulan tersebut telah buka bumbung matahari kereta sewa jenis vellfire dan minum sesuatu serta merokok sambil duduk di atas bumbung dalam keadaan mabuk !. Selepas itu, pemilik kenderaan sewa yang terserempak dan lihat kejadian itu, telah arahkan supaya pulang balik kenderaan (penilaian berdasarkan beberapa video). Akhirnya, tidak tahu apa berlaku selepas itu, seorang sahabat telah kongsikan gambar, video dan luahan beliau dalam satu kumpulan facebook. Saya pun terima bukan sahaja gambar-gambar kejadian tersebut tetapi dua lagi video berlainan iaitu, pertama, video tiktok menunjukkan beberapa lelaki india rendamkan tin-tin beer dalam kolam renang, berendam sambil menari dengan muzik kuat dipercayai di satu rumah sewa / homestay. Kedua, kejadian beberapa hari lepas di sebuah restoran Bukit Bintang K.L, di mana beberapa lelaki india yang minum arak tiba-tiba akibat tidak puas hati dengan kumpulan di meja bersebelahan, terus membaling kerusi dan membuat kacau. Sejurus selepas melihat video-video ini, saya teringat dialog-dialog seperti ‘india mabuk’, ‘india mabuk mesti gaduh’ dan ‘mabuk todi’. Bukan semua tetapi sebilangan besar. Akibat perbuatan segelintir ‘monyet’ tidak bertamadun dan kesedaran sivik inilah, imej keseluruhan komuniti busuk dan dilabel macam-macam. Tapi salahnya bukan ‘monyet-monyet’ ini sahaja tetapi sikap tidak peduli oleh komuniti itu sendiri juga yang tidak fikirkan solusi atau ambil iktibar dari sejarah.

Sebenarnya apa yang segerombolan ini buat bukanya perkara baru, mereka hanya lakukan balik apa yang mereka lihat, ambil contoh dari abang-abang india sekeliling yang buat sebelum ini. Dah banyak kali kejadian-kejadian seperti ini berlaku dan viral tetapi sama sahaja kitaranya iaitu selepas kes viral, beberapa orang atau influencer dalam komuniti india akan buat video kutuk perkara tersebut, video tersebut pulak akan viral untuk beberapa hari, kemudian semua akan senyap sehingga isu baru muncul dan mulalah balik kitaran tersebut. Sehingga sekarang saya belum pernah dengar cadangan tindakan boleh diambil yang effektif dari mana-mana pihak. Jadi sebelum kita pergi ke langkah membendung masalah ini, kita lihat sejarahnya dahulu bagaimana tabiat meminum arak yang telah dinormalisasikan dalam kehidupan seharian.

Kita tak dapat bahagikan atau definiskan dengan tepat golongan yang meminum arak dalam masyarakat india sebab ia satu perkara yang ada dalam semua peringat kelas ekonomi, etnik dan umur jadi untuk memudahkan pemahaman anda, saya gunakan terma majoriti dan minoriti. Minoriti (kelas tinggi, professional, kebanyakkan dari etnik Malayalee, Ceylonese Tamil dan Tamil kasta tinggi), majoriti pulak (kelas pertengahan-rendah, Tamil dari kasta pertengahan sehingga rendah, sebilangan dari etnik Telugu dan Malayalee). Kedua-dua golongan ini meminum arak atau menganggap ia sebagai satu cara tenangkan fikiran, kurangkan stress, sebagai medium untuk bergaul santai ‘social drinking’, salah satu cara untuk larikan diri dari dunia nyata, satu bentuk khayalan yang mudah, senang didapati dan lain-lain. Ada yang jadi ketagih dan ada yang tidak. Yang pasti ialah, meminum arak bukan amalan tradisi dalam sejarah peradaban orang Tamil, rekod sejarah menunjukan ia digunakan sebagai santapan golongan bangsawan serta menjadi minuman tenaga sampingan dalam bentuk air nira untuk beberapa suku kaum. Air nira selepas 12 jam dikumpul dan mengalami proses penapaian akan dipanggil ‘todi’.

Sejarah buruh india dan todi ini amat panjang jadi saya ringkaskan sepadat saya boleh dan diakhir artikel saya akan berikan satu pautan laporan lanjut mengenai isu sosial masyarakat India akibat todi dan anda boleh rujuknya jika ingin ketahui dengan lanjut. Jadi semasa berlaku kemasukan drastik buruh India (ke Tanah Melayu pada sekitar 1900, dibawa oleh penjajah British untuk jayakan dasar ekonomi mereka, khususnya dalam sektor ekonomi perladangan, budaya todi juga dibawa bersama-sama mereka. Buruh-buruh ladang estet ini ditempatkan di kawasan-kawasan yang jauh dari bandar, pedalaman dalam persekitaran yang mencabar, di bawah majikan eropah dan diselia oleh pengurusan. Jadi aktiviti mahupun gaji mereka adalah amat terhad ditambah pulak kekurangan pendidikan. Apa yang bermula sebagai minuman tenaga telah mula dijadikan sebagai minuman ketagih, aktiviti utama meluangkan masa serta larikan diri dari realiti. Industri todi memberikan hasil yang lumayan kepada Kerajaan British pada masa tersebut tetapi ia juga menjadi satu masalah sosial yang amat besar / serius di kalangan buruh-buruh India sehingga Kerajaan India pada masa itu telah mendesak pihak British untuk menangani isu tersebut dengan menutup operator / kedai-kedai todi serta menekankan kerisauan mereka apabila menerima masuk balik buruh-buruh tersebut, sedar akan masalah sosial yang boleh timbul dari penagih todi ini. Harap maklum, pada masa tersebut, kuasa pemerintahan atau membuat pilihan adalah di tangan kuasa besar penjajah British. British yang pada masa tersebut sedar akan kesanya dari tekanan India mula mengambil tindakan, mewujudkan badan siasatan untuk mengkaji pelan rancangan menangani isu penagihan todi ini. Tetapi tunggu dulu, British bukanya baik sangat kan ? haha, mereka walaupun sedar masalah ketagihan todi di kalangan buruh-buruh ini, mereka menganggap todi ini sebagai suatu alat kawalan bagi mengawal buruh-buruh ini, dimana jika buruh-buruh ini mula berfikir atau mempunyai hidup berkualiti, ia boleh memberi kesan negatif terhadap ekonomi atau sektor perladangan penjajah British. Terdapat kemungkinan buruh-buruh ini tidak lagi ingin berkerja di bawah British atau mogok pulang, jadi British dengan agenda licik telah melakukan beberapa tindakan atau larangan yang nampak seperti mereka menangani isu penagihan ini di samping mengekalkan industri todi. Pada masa tersebut, telah wujud banyak gerakan belia terutama di estet Kedah yang mula melakukan beberapa perkara drastik dalam menghentikan penjualan todi serta menyedarkan buruh-buruh ini mengenai kesan buruk pengambilan todi kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Paling terkenal ialah gerakan ‘Thondar Padai’ diketuai A.M Samy tetapi itulah ia tidak disenangi oleh British, pengurus estet dan operator todi yang lebih fikirkan mengenai keuntungan, jadi akhirnya menggunakan kuasanya sebegai pemerintah, British telah membubarkan gerakan Thondar Pandai, penjarakan ketuanya selama 2 tahun sebelum dihantar pulang ke India pada tahun 1949. Sebenarnya usaha membasmi ketagihan todi telah bermula dari tahun 1916 lagi apabila Persatuan Penanam Malaya menekan Kerajaan agar mengawal pengeluaran produk serta lesen todi tetapi tak dipedulikan oleh British yang lebih pentingkan bab ekonomi dari sosial.

Selepas itu semasa era pendudukan Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1941 sehingga 1945, larangan atau segala rancangan kawalan todi telah ditarik balik oleh pemerintah Jepun dan ia telah menyebabkan letusan dalam industri todi dengan peningkatan operator kedai todi serta penagih todi di ladang-ladang estet dan ia juga meningkatkan lagi masalah sosial dalam masyarakat kaum india sehingga memberi imej buruk. Yang Tamil sendiri dari kasta tinggi atau golongan profesional pulak tidak begitu serius atau mengambil bahagian dalam proses mengubah nasib sebangsa sendiri kerana mereka lebih pentingkan kasta dan darjat. Dari kewujudan Malayan Union sehingga negara mencapai Kmerdekaan, tidak banyak berubah sehingga salah satu tokoh kemerdekaan negara iaitu Tun Sambanthan melaksanakan beberapa pelan tindakan untuk membasmi ketagihan todi dan memberi kesedaran dalam masyarakat india terutama Tamil di ladang-ladang estet. Selepas era Tun Sambanthan, saya tidak menjumpai apa-apa atau langkah effektif oleh mana-mana pihak dalam membendung isu penagihan alkohol. Kalau dulu, sumber utama alkohol ialah todi yang boleh didapati secara murah dan di serata tempat tetapi sekarang dah boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti beer, vodka, rum dan lain-lain. Walaupun nama dan produk telah berubah, masalahnya masih kekal sama. Kalau dahulu kita boleh katakan dasar pecah & perintah British, keadaan dunia telah jadikan kita mangsa, sekarang zaman dah berubah, segala perkara sama ada baik atau jahat, kita boleh berfikir dan buat penilaian, jadi apa masalahnya ?

Masalahnya pada pemimpin serta kesedaran dalam komuniti. Selepas Tun Sambanthan, boleh dikatakan hala tuju politik kaum india tidak berapa jelas dan seperti tidak efektif langkah-langkah dalam memperkasakan sosio-ekonomi kaum india oleh parti atau pemimpin mewakili mereka. Sebagai contoh bayangkan badan tanpa kepala ? adakah ia dapat berfungsi dengan baik ? Kepala atau ketua yang baik dapat mengetuai badanya serta wujudkan ikatan yang kuat. Keadaan ini lebih menjadi lebih parah apabila wujudnya kumpulan-kumpulan kongsi gelap india pada akhir 80an yang mengeruhkan lagi keadaan. Pengaruh kumpulan kongsi gelap ini yang masih ada sehingga sekarang tidak banyak membantu dan bermula akhir 90an pulak filem-filem Tamil yang merupakan salah satu hiburan utama kaum india juga telah mula mengeluarkan filem-filem yang mempunyai unsur keganasan keterlaluan atau pengambilan alkohol sebagai satu perkara yang normal apabila menghadapi tekanan. Jadi sahabat-sahabat, bayangkan ye , sebuah komuniti yang sejak lama terpalit dengan isu alkohol, tiada kepimpinan politik yang efektif, ditambah dengan jurang perbezaan ekonomi-sosial antara kasta tinggi-rendah serta etnik, kurang kesedaran bangsa atau sejarah ditambah pulak dengan pengaruh kongsi gelap serta filem-filem yang lebih menonjolkan keganasan serta pengambilan alkohol, apa akan jadi ? Boleh tak anda bayangkan ? Jadi kesemua ini telah mewujudkan tanggapan bahawa pengambilan alkohol adalah satu perkara yang normal dalam masyarakat india. Pengambilanya telah dinormalisasikan dalam kehidupan seharian, majlis-majlis budaya serta perayaan. Saya sendiri melihat di sekeliling bagaimana seorang dewasa (kenalan-kawan-kawan-saudara) yang berpelajaran tinggi, kerja profesional, mengalakan / membenarkan pengambilan minuman alkohol oleh yang jauh lagi mudanya. Baru-baru ini saya melihat bagaimana seorang influencer yang sepatutnya menjadi contoh baik, telah membuat video tutorial mengajar orang untuk membuat rendang ayam dengan ‘stout’, haha, ya stout sejenis minuman alkohol dan beliau dalam satu video berlainan membela peminum arak dengan katakan ia sebagai hak persendirian. Saya terfikir dari mana mereka dapat idea bodoh sebegini dan lagi parah apabila melihat ikon-ikon sebegini dipelawa oleh sebuah kumpulan media swasta terkenal untuk menjadi pengacara beberapa program.

Bukan itu sahaja, yang berpelajaran mahupun tidak, mereka rasa ia satu perkara yang normal untuk minum arak di hadapan kanak-kanak / muda / pelajar tanpa berfikir bagaimana ia boleh mempengaruhi minda yang muda ini. Kesemua mereka ini tidak sesekali sedar kesan buruk pengambilan minuman arak, kesan dari penagihan tersebut, bagaimana ia boleh runtuhkan struktur komuniti serta paling penting tidak baca sejarah bagaimana moyang kita bergelut dengan ketagihan todi yang meragut banyak nyawa yang juga menyumbang kepada keruntuhan struktur sosial masyarakat tersebut. Golongan ini harus sedar bahawa pengambilan alkohol bukan satu perkara yang normal, pengambilan arak ditegah dalam ajaran kebanyakkan agama, ia bukan sebahagian dari budaya kita, ia bukan baik untuk kesihatan, ia bukan satu-satunya cara lepaskan tekanan atau hiburan, ia bukan sesuai untuk semua, ada cara dan tempat untuk pengambilan, perlu hormat masyarakat di sekeliling dan banyak lagi perlu difahami. Saya juga ingin menyatakan bahawa apabila saya berkongsi pandangan mengenai isu alkohol ini, saya pun pada satu masa, apabila terjebak dalam kancah kongsi gelap, hampir menjadi peminum tegar tetapi selepas keluar dari kancah tersebut, fokuskan perjalanan ke arah kerohanian serta banyak membaca, saya berjaya membuang keinginan nak rasa atau minum lagi alkohol dan sudah lebih dari 7 tahun. Hanya sekali saya terpaksa meminumnya, untuk memenuhi permintaan seorang kawan yang amat rapat. Bab arak dan alkohol ini, saya boleh katakan mempunyai pengalaman dengan semua bangsa, tiada yang suci, haha, tetapi yang selalu jadi isu atau masalah ialah dengan kaum india yang menjadi emosi sangat, tiada kawalan dan berkelakuan di luar jangkaan selepas mengambilnya.

Jadi kesimpulanya, isu kejadian berkaitan arak-alkohol tidak akan selesai, selagi tidak wujudnya kesedaran dalam skala besar dari komuniti tersebut terutama golongan muda yang berpelajaran. Golongan muda berpelajaran india terutama Tamil, harus tampil ke hadapan, menghulurkan tangan mereka dalam usaha-usaha kesedaran ini. Apabila suara-suara kesedaran ini berkumpul dan bersedia membuat perubahan, mengambil iktibar dari sejarah, barulah usaha ini dapat dibawakan ke peringkat yang seterusnya.

Terima Kasih kerana membaca dan anda boleh rujuk pautan di bawah untuk mengetahui dengan lanjut sejarah isu alkohol dalam masyarakat India.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.