Pakaian tradisional adalah identiti kita

Pakaian tradisional adalah identiti kita. Boleh sahaja dipakai dengan bangga di mana-mana. Contoh terbaik ialah di bawah. Kenal tak siapa mereka dalam gambar di bawah , sahabat-sahabat ?. Dari kanan, adik-beradik Russo iaitu pengarah dan penulis skrip terkenal hollywood dengan karya seperti Avengers : Endgame, Dhanush iaitu pelakon Tamil dan Pan-india terkenal yang juga bekas menantu Rajnikanth dan Vicky Kausal iaitu pelakon bollywood terkenal yang juga suami Katrina Kaif, seorang lagi pelakon terkenal.

Jadi barisan orang ini bukan biasa-biasa ye, memang semua terkenal dalam arena filem tempatan mahupun antarabangsa. Mereka semua telah hadiri tayangan perdana filem ‘The Gray Man’ di Mumbai, kelmarin. Filem ‘The Gray Man’ ialah satu filem ‘aksi thriller’ yang bakal ditayangkan di Netflix, diarahkan oleh saudara Russo dan merupakan filem hollywood pertama Dhanush, sebagai pelakon tambahan.

Jadi apa yang menariknya ? mungkin ada sahabat yang tertanya-tanya ?. Yang menarik ialah, di kalangan barisan bakat-bakat hebat ini serta tetamu yang berpakaian formal, ‘level internasional’ (haha), Dhanush telah hadiri tayangan filem tersebut dengan hanya mengenakan pakaian tradisional orang Tamil iaitu ‘Veshti Sattai’, biasa-biasa je. Ramai juga yang hairan lihat beliau pada awalnya, tetapi kemudian telah memuji beliau. Ia telah viral dalam media sosial kerana niat Dhanush yang ingin membawa budaya, identiti Tamil ke persada antarabangsa melalui seni tanpa hiraukan pandangan segelintir yang mendakwa bahawa beliau lakukan perbuatan ini untuk publisiti. Untuk makluman anda, Dhanush bukan sahaja untuk majlis ini tetapi untuk kebanyakan majlis, beliau akan hadiri dengan ‘Veshti Sattai’ dan nampak biasa-biasa je. Seorang yang rendah diri dan ikut jalan kerohanian.

Terlihat gambar ini teringat dua perkara iaitu pertama, mengenai segelintir yang memperli penonton Melayu pergi ke tayangan filem Mat Kilau siap berbusana tradisional dengan tanjak dan kedua, baru-baru ini di majlis makan malam perkahwinan saudara saya, di mana segelintir memperli saya apabila saya seorang sahaja datang mengenakan pakaian ‘Vesti Sattai’. Satu perkara sahaja saya ingin ketengahkan dan tujukan kepada yang segelintir ‘dungu’ kurang kesedaran tersebut.

Wahai ‘dungu-dungu sekalian’ dengar dan fahamilah !. Kita ini datang dari budaya Asia tersendiri yang unik dan lagi bersejarah bermakna dari budaya Barat. Walau kamu duduk di Amerika Syarikat pun, ingat identiti kamu masih sama, moyang kita makan nasi dengan tangan, bukan cucuk ‘spaghetti’ dengan sudu garpu dan kita masih cebok guna air, haha. Maafkan saya untuk perbandingan ini kerana melalui bahasa ini sahaja lah kita dapat sedarkan ‘segelintir’ ini’. Anda ‘segelintir’ yang tetapkan kod peraturan dan pakaian untuk semua atas nama ‘moden-fesyen-kelas’ tetapi sebenarnya tidak ada sesuatu tersebut kerana akhirnya pakaian itu semua sama sahaja tujuanya iaitu melindungi, menutup keaiban kita.

Di tempat yang perlu kenakan kot kita pekenakan kot suit, di tempat yang perlu ketengahkan identiti budaya kita, di situ kita pekenakan pakaian tradisional kita. Ia bukan sahaja menunjukkan semangat kita dalam memulihara budaya, khazanah bangsa kita tetapi ia juga memberi peluang untuk kita mengenali budaya sahabat kita yang berlainan. Jika anda rasa malu atau tidak suka, jangan menghalang atau mempertikaikan pilihan seseorang.

Saya ada kawan di luar negara dan mereka bangga pakai baju tradisional dalam majlis-majlis siap mat salleh orang asal sana pun ikut sekali tetapi sini kebanyakan dah macam terlalu hendakan ‘kelas, standard, budaya barat’ sehingga melebihi budaya barat tersebut. Susah begitu sahabat-sahabat.

Krishna Kumar Illangovan @ K.K.I

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.