Perkongsian mengenai isu rogol dan cabul yang semakin mencanak naik !

Sedikit perkongsian mengenai isu rogol dan cabul yang semakin mencanak naik !

Saya sebenarnya pada awal penglibatan dengan Ngo-ngo antara tahun 2015 sehingga 2018, melihat dengan mata sendiri suspek dan keadaan mangsa kes rogol serta cabul, kes suka sama suka bawah umur dan beberapa kes dera. Selalunya akan terserempak apabila membawa atau menolong kes umum lain di hospital dan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ada seorang puan kakak pegawai (identiti saya tidak dapat dedahkan atas faktor privasi) yang kadang-kadang berkongsi kronologi dan statistik kes.

Memang semua bangsa ada tetapi ikut peratus populasi. Kes bermula dari bangsa Melayu diikuti India dan paling kurang Cina.

Apa yang saya perhatikan ialah peratus kes bawah umur di mana perempuan ajak atau mempengaruhi lelaki untuk melakukan hubungan intim adalah rendah. Peratusan lelaki mempengaruhi / memanipulasi perempuan bawah umur untuk melakukan hubungan intim adalah tinggi di samping kes rogol dan cabul kenalan atau ahli keluarga.

Boleh dikatakan pengaruh sekitar yang toksik, otak kuning, pergaulan bebas, dunia moden di mana filem lucah boleh diakses di hujung jari, ketagihan filem lucah, ketagihan dadah, keluarga yang retak, kurang kesedaran mengenai pengetahuan seksual, kesedaran sivik dan beberapa faktor mendorong kepada berlakunya kes-kes sebegini. Selain itu ada juga yang lagi teruk seperti guru / ahli agamawan yang berpendidikan mencabul pelajar sendiri. Bila saya sebut agamawan ia termasuk semua sebab tiada yang suci selagi namanya manusia. Sepertimana dalam masyarakat Melayu, kadang-kadang kita dengar kes pencabulan di Pusat Tahfiz, saya sendiri pernah lihat pak cik saya, tangkap seorang sami yang cabul penganut mudanya semasa satu proses jampi.

Pada masa tersebut, saya kan pada awal keremajaan lagi, jadi tak dapat fikir dengan mendalam apabila mendengar kisah-kisah tersebut dari pegawai atau dari melihat keadaan mangsa. Saya hanya mampu bersimpati, sedih dan tanya kepada pegawai itu sama ada boleh berikan apa-apa bantuan tak ?

Selepas seketika, berlaku dua peristiwa iaitu dua kenalan rapat, perempuan (saya tidak dapat kongsikan siapa mereka sebab bab ini amat sukar untuk saya jelaskan dengan teliti sebab bila terkenangkan peristiwa tersebut, hati menjadi sakit). Mereka dimanipulasi, dipergunakan oleh kenalan sendiri dan dirogol. Selepas itu, besar juga kisahnya sebelum kami membawa jiwa mereka (mangsa) kepada normal, sedikit normal kalau tepatnya. Pelakunya telah dapat balasan secara undang-undang dan secara peribadi dari kami (saya + kawan). Memang padu diterimanya sehingga boleh dikatakan mukanya telah kami buat lari bentuk.

Ringkas cerita, jadi dulu apabila pegawai tersebut kongsikan kisah-kisah mangsa, saya hanya mampu bersimpati tetapi apabila saya sendiri melihat trauma dan cabaran yang kenalan saya harungi untuk keluar dari peristiwa pahit itu, saya rasa amat terkesan sekali. Saya tidak tahu bagaimana hendak huraikan perasaan tersebut. Kalau kejadian seperti ini sahaja traumanya sebegitu besar, bayangakn kes cabul atau rogol oleh ahli keluarga sendiri selama bertahun-tahun ? Sumpah, saya tidak dapat bayangkan dan saya tidak dapat fikir bagaimana jiwa mangsa-mangsa yang masih kuat meneruskan hidup. Yang tidak kena, memang tidak akan rasa sakitnya dan akan mencari poin-poin untuk menyalahkan mangsa. Saya tidak nafikan kebenaran bahawa memang ada kes di mana terdapat persetujuan dua-dua pihak melakukan hubungan intim suka sama suka dan kemudian membuat laporan telah dicabul terhadap lelaki tetapi, tetapi majoritinya kes cabul atau dirogol adalah tindakan satu pihak secara paksa oleh lelaki.

Semakin lama semakin meningkat kes, semakin berleluasa material-material lucah, semakin dinormalisasikan percakapan dan perbuatan tidak senonoh di sekeliling. Gembira walaupun dah ada beberapa tindakan atau kempen kesedaran dilakukan oleh pelbagai pihak, ia masih tidak cukup. Kita perlu memperbanyakan usaha-usaha dan menghalusi pelan kita agar dapat ia sampai dengan effektif dalam minda-minda merentasi batasan usia dan bangsa. Di saat negara jiran Thailand luluskan usul untuk kembiri kimia pesalah seks, kita masih bergelut untuk melaksanakan hukuman sedia ada. Jika hukuman tegas, baru kesalahan akan berkurang.

Saya ingin katakan perbuatan kutuk segelintir lelaki inilah yang memburukan imej lelaki-lelaki baik di luar sana, yang memberi gambaran salah bahawa semua lelaki adalah ‘gila kelamin’ !. Jadi saya rasa sudah sampai masanya untuk kita sebagai lelaki yang matang fikiranya untuk menyebarkan kesedaran mengenai isu ini, kesedaran pentingnya mengawal diri dan pemikiran serta mendidik rakan sekalian. Lelaki diberi tanggungjawab untuk menjaga kaum hawa, jadi besar tugasan kita. Kalau keimanan kita kuat, kalau prinsip kita kuat, kalau pemikiran kita kuat, bersih dan kalau hati kita kuat, percayalah, Nafsu tidak dapat buat apa-apa terhadap kita ! Dan itulah yang ditunjukkan oleh pengasas agama-agama utama dunia melalui ajaran mereka.

Perbezaan antara manusia dengan haiwan ialah manusia diberi akal fikiran untuk menjalani hidup yang bermakna melalui bimbingan agama dan mempunyai pantang larang tetapi haiwan tidak. Hidupnya hanya untuk mencari makan dan membiak. Tetapi kadang-kadang haiwan yang akalnya kecil dari manusia mampu mengawal dirinya yang membuatkan segelintir manusia yang tidak mampu, lebih rendah tarafnya dari haiwan tersebut. Jadi adakah kita manusia atau haiwan ? Pilihan di tangan masing-masing.

Maafkan jika apa-apa kata saya di atas menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terima Kasih.

Coretan,

Krishna Kumar illangovan @ K.K.I

19-07-2022

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.