Category Archives: Berita Tempatan

Janusha menjadi pegawai wanita pertama dari Angkatan Tentera Malaysia yang berjaya menamatkan Pengajian dan Latihan Ketenteraan di United States Naval Academy

Sejarah tercipta apabila Pegawai Kadet Kanan (PKK) Janusha a/p Bala Krishnan Muthiah dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadi pegawai wanita pertama dari Angkatan Tentera Malaysia yang berjaya menamatkan Pengajian dan Latihan Ketenteraan di United States Naval Academy (USNA). Majlis Tamat Pengajian yang penuh gemilang telah disempurnakan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat dan dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Tentera Laut

Read more

Terima Kasih Inspektor Sinniah Rajoo

“PADA mulanya saya ingat dia membawa mayat kerana keadaan bayi itu tidak berbalut,” kata Inspektor Sinniah Rajoo, 31, yang membantu pelancong Russia yang baru melahirkan bayi di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pegawai Tatatertib Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu berkata, dalam kejadian pada 24 April lalu, dia ketika itu bertugas di sekatan jalan raya di Jalan

Read more

Respect hati baik saudara Thiban, kata abang Melayu ini

“SAYA kagum dengan sikapnya kerana sanggup membantu orang dalam kesusahan tanpa menghiraukan perbezaan kaum dan agama,” kata Mohamad Taufik Zainuddin, 27, mengulas mengenai ciapan dimuat naiknya di Twitter. Menerusi ciapan berkenaan, Mohamad Taufik berkongsi kisah adiknya, Mohamad Asyraf Zainuddin, 25, yang terbabit kemalangan motosikal selepas terlanggar pembahagi jalan di Subang Jaya, Selangor kira-kira 5 pagi pada 21 January 2020.  Berikutan

Read more

Kakak Melayu yang hantar anaknya ke sekolah Tamil

Bagi memenuhi hasrat ibu mentua yang mahu cucu-cucunya menguasai pelbagai bahasa mendorong Nurul Fadznie Ashikin Hairul, 27, mengambil keputusan menghantar anak sulungnya belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Nurul Fadzie Ashikin berkata, dia dan suaminya, Alifdin Latif, 28 dari Taman Perdana, Karak memilih untuk menghantar Siti Nur Husna Alifdin yang bakal memasuki tahun satu ke SJKT Karak. “Saya dan

Read more

Yang di-Pertuan Agong ucap ‘Merry Christmas’ kepada masyarakat beragama kristian

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyampaikan ucap selamat kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara yang menyambut Krismas hari ini. “Selamat Hari Krismas dan selamat Tahun Baharu kepada anda serta keluarga tersayang. Semoga musim perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran dan kegembiraan kepada

Read more

6 lelaki India ditahan guna logo ’04’ semasa perarakan pengebumian

GEORGETOWN – Polis menahan enam lelaki kerana dipercayai merancang perarakan dan penggunaan logo sebuah pertubuhan tidak berdaftar semasa perarakan pengebumian di Batu Lanchang di sini. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 21 hingga 26 tahun itu yang ditahan dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 5 pagi tadi. Menurutnya, tangkapan itu

Read more

Sekolah Tamil berasrama yang pertama dibuka secara rasmi oleh Menteri

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands muncul sebagai sekolah Tamil pertama memiliki asrama untuk kemudahan pelajarnya. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar berkata, asrama yang disiapkan dalam tempoh kurang setahun itu mampu memuatkan 200 pelajar pada satu-satu masa. “Kerja pembinaan asrama dimulakan pada 1 Januari lalu dan pada 31 Oktober lalu iaitu kurang setahun asrama

Read more

Surendran, Mekanik Satu Tangan-Inspirasi Golongan Muda

“SAYA tak sangka boleh sampai ke tahap ini kerana sudah berputus asa dan rasa dunia seperti sudah berakhir ketika mula-mula menjadi orang kurang upaya (OKU) ,” kata S Surendran, 32. Surendran, kudung tangan kiri selepas tangannya dipotong akibat kecederaan serius dialami pada 2006 yang berlaku kerana diserang individu tidak dikenali ketika menunggang motosikal. Meskipun berat untuk menerima hakikat itu, Surendran

Read more

Responder Komuniti dihalau dari memberi bantuan kepada mangsa kemalangan

Seorang lelaki keturunan Tionghua terkejut dan sedih apabila beliau dihalang dari memberi bantuan ke atas mangsa nahas atas sebab perbezaan kaum, menurut laporan portal berita MalayMail pada 15 November . Malah, Ooi Shou Wayne, anggota gerak cepat komuniti sekitar Alor Setar, Kedah juga menerima ancaman untuk “dibelasah” jika beliau terus mahu memberi bantuan. “…You (awak) budak Cinakah?Kamu datang sini buat apa?Sini tak

Read more

Atlet Negara Farah Ann tempa sejarah, layak ke Olimpik 2020

KUALA LUMPUR: Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi mencipta sejarah tersendiri apabila layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, selepas mencatat keputusan memberangsangkan pada Kejohanan Gimnastik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman. Atlet berusia 25 tahun negara layak ke temasya terbesar dunia itu selepas mengumpul keseluruhan 49.898 mata pada pusingan kelayakan acara all-around individu, sekali gus menamatkan kemarau 16 tahun skuad

Read more
« Older Entries