Tag Archives: 1malaysia

Terima Kasih Inspektor Sinniah Rajoo

“PADA mulanya saya ingat dia membawa mayat kerana keadaan bayi itu tidak berbalut,” kata Inspektor Sinniah Rajoo, 31, yang membantu pelancong Russia yang baru melahirkan bayi di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pegawai Tatatertib Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu berkata, dalam kejadian pada 24 April lalu, dia ketika itu bertugas di sekatan jalan raya di Jalan

Read more

Kisah Menarik Kak Pavithra dan Saluran Youtube Beliau Yang Viral Dengan Lebih 100k Pengikut

Siapa sangka seorang perempuan Tamil dari perkampungan kelapa sawit di Perak mampu memenangi hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hanya dengan bakat dalam pelbagai masakan tempatan terutama masakan India dan kefasihan beliau dalam Bahasa Melayu ? Ya, itular Kak Pavithra yang sehingga kini mempunyai lebih 100k pengikut (subscriber) di laman media sosial ‘Youtube’. Apa yang menariknya, saluran (channel) beliau atas

Read more

Kakak Melayu yang hantar anaknya ke sekolah Tamil

Bagi memenuhi hasrat ibu mentua yang mahu cucu-cucunya menguasai pelbagai bahasa mendorong Nurul Fadznie Ashikin Hairul, 27, mengambil keputusan menghantar anak sulungnya belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Nurul Fadzie Ashikin berkata, dia dan suaminya, Alifdin Latif, 28 dari Taman Perdana, Karak memilih untuk menghantar Siti Nur Husna Alifdin yang bakal memasuki tahun satu ke SJKT Karak. “Saya dan

Read more

Sekolah Tamil berasrama yang pertama dibuka secara rasmi oleh Menteri

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands muncul sebagai sekolah Tamil pertama memiliki asrama untuk kemudahan pelajarnya. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar berkata, asrama yang disiapkan dalam tempoh kurang setahun itu mampu memuatkan 200 pelajar pada satu-satu masa. “Kerja pembinaan asrama dimulakan pada 1 Januari lalu dan pada 31 Oktober lalu iaitu kurang setahun asrama

Read more

Responder Komuniti dihalau dari memberi bantuan kepada mangsa kemalangan

Seorang lelaki keturunan Tionghua terkejut dan sedih apabila beliau dihalang dari memberi bantuan ke atas mangsa nahas atas sebab perbezaan kaum, menurut laporan portal berita MalayMail pada 15 November . Malah, Ooi Shou Wayne, anggota gerak cepat komuniti sekitar Alor Setar, Kedah juga menerima ancaman untuk “dibelasah” jika beliau terus mahu memberi bantuan. “…You (awak) budak Cinakah?Kamu datang sini buat apa?Sini tak

Read more

Misi untuk Negara lebih penting dari Isteri – Komando Paul Karpaya

IPOH: “Saya risau dan kasihan pada isteri yang terpaksa melahirkan anak sulung kami, tanpa saya di sisinya,” demikian antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh Paul Karpaya, seorang bekas komando. Bagaimanapun, Paul, 67, berkata demi tugas pada negara yang ketika itu berhadapan ancaman komunis, beliau perlu fokus kepada amanah, untuk memastikan misinya berjaya. Menurut Paul yang berasal dari Kampar, semasa

Read more

Konstabel Velu Penerima Pertama Anugerah Keberanian Tertinggi Negara

LIHAT foto pemuda ini, anda kenal dia? Kami rasa tidak. Anda tahu siapa dia? Kami yakin kalau gambarnya pun anda tak kenal, apatah lagi untuk kita tahu cerita mengenainya. Sebenarnya, beliau ialah penerima Pertama Anugerah Keberanian Tertinggi Negara. Ketika foto ini diambil, usianya dalam lingkungan 20an. Namanya Velu A/L Rajavelu. Lebih tepat, Konstabel Velu. Pada tahun 1962, dia yang ketika

Read more

Kisah Sayu Sahabat Sejati Selamanya Satish dan Amin yang tidak mengenal warna kulit dan agama

Semasa melayari Facebook tadi, Kami terjumpa satu post di facebook yang di kongsikan oleh Nur Walilah awal tahun 2015 tentang kisah sahabat yang akrab walaupun mereka berlainan agama dan bangsa. Terharu dan sedih kami membaca kisah persahabatan antara dua insan ini yang berlainan kaum dan agama. Walaupun cerita lama, namun mesej yang terkandung dalam kisah ini sentiasa segar, amat dalam

Read more